a. Al-Quran
1) Firman Allah Taala: Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)
Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.
2) Firman Allah Taala: Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)
Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka .
3) Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)
Firman Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.
b. Hadis Rasulullah s.a.w.
1)Sabda Rasulullah s.a.w : Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)
2) Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak.
(Hadis yang disepakati oleh ali Hadis) Dua hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan).Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .
c. Dari perkataan para sahabat dan ulamak.
Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.
2) Saidina Abbas r.a. berkata: "Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin."
Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.
3) Abdullah bin Masud pernah mengucapkan: "Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.
4) Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua'z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya: "Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. "
5) Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.
6) Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya: "Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak. "
7) Sufian bin Uyainah berkata: "Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. "
8) Imam Ahmad bin Hanbal r.h. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya: "Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang."
---------------------- dalam ni pon dah jelas2 menerangkan tuntutan perkahwinan.. patut la masa nis n abg tnya mak nk kwen blh ker??? mak ckp tak blh hahaaaa... tp bila parent abg dtg masuk minang mak ckp buat secepatnyer... aik????
myb mak dh tau kewajipan dia utk kwen kan ank perempuan dia.. siap booking lg.. dpt anak mak jagakan... cne tu....????
apa yg penting nis n abg dh lalui 1 stage as "tunang" ahamdulillah :) cuma ade setahun tak smpai setahun lg nk kwen.. :P
nis akan tukar lg status as wife. cam tak cye je.. nak join kelab wawa haha.... kelab isteri je ok.. kelab mama blm lg kut dlm setahun 2 ini wahahahahaha.... tp cam nice2 je tgk si wawa n aiby. adeh... otak mereng! dush3!
wawa..... here i come hik3....
*****crdt to wawa bg peransang yg cemerlang n gemilang masa nis nk tunang bg semangat.. coz masa tu hati rasa berkecamuk sikit.. thx wawa :)
wawa..... here i come hik3....
*****crdt to wawa bg peransang yg cemerlang n gemilang masa nis nk tunang bg semangat.. coz masa tu hati rasa berkecamuk sikit.. thx wawa :)