.

.

Tuesday 26 June 2012

Mereka excited!!

Tak lama lg...
masa itu bakal tiba... tak tau cne nk bgtau perasaan waktu ini..
nk kata sedih pon yer... hepi pon yer.. risau pon yer... takut pon yer.. tak tau nak panggil apa perasaan ini.. :'( :)



 staff en tunang pon siap buat group utk our wedding.. giler excited kot!. 
kami pon tk buka group... hahaha...
setakat buka event... itu pon byk lg blm add.. padahal buat sebulan yg lalu dh buat event tu. tp tkde masa nk add org... so sori la pd kwn2 yg tk sempat nk tagging.. 




tq encik daren hahah... bulih bg hadiah besor2 ler :P



en tunang pon tk bis jempot2 org... katanyer nk bby copat2... jgn........... ohhhhhhh.... tidakkkkkkkkk....
takmo takmo takmo lg.......... bg la relax 3 4 5 6 thn kakakakaakak... :P 


~~~ sila2... jempot dtg yooooo (*_^)V

p/s ~~~~ clik pd pic utk lihat jelas :)


Monday 18 June 2012

Proses ~ merisik ~ meminang ~ menikah :)

Pengenalan
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.


Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.


Cincin belah rotan 
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Meminang


Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Bertunang 



Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkahbendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincinpertunangan atau cincintanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.



Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan bajumelayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan.

Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.
Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak "..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkanairsembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

Adat Berinai
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi >> Diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

Berinai kecil >> Diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar >>Diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.



Majlis Perkahwinan 

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur.

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.

Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembahpengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebuspintu atau tebuspelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bungatelur pada hari tersebut.

Seterusnya, majlismakan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.

p/s: pic2 diatas tidak ada kena mengena antara yg hidup mahupon meninggal dunia.. 
credit to : goggle keh3...

Monday 11 June 2012

Mood: bz tp masih ada masa :)

Sgt bz ~
tp kerja2 rumah, biz, persiapn perkahwinan masih berjalan seperti biasa. sgt letih tp hepi, kegumbiraan yg tk dpt nk di-expresskn dgn kata2. (^_*)v



  (^_*)v ~~ belikan kamera utk my mom no2 (makcik aka adik mak). sblm ni dpt upah dr makcik utk snap2 pic lansir dia buat. fyi, my aunt buat lansir utk sekolah, dewan, pejabat kerajaan. dia dpt tender2 coz dia kerani gaji sekolah. sambil selam2 minum air sekali. bila mak dh benti kje, dia ajak mak join. daty ler umah kami asik2 tukar2 lansir heh3... :P

~~ baru ni terfikir, nnti dh kwen sape je nk tlg dia snap pic utk wat contoh lansir?
~~ so thinking of buying kemera utk dia.. huh.. nk kwen kn... buget tak ramai.. belikan kamera ini jew... 
= olympus VG-110 (RM299) je... itu je mmpo wat masa ini.

  (^_*)v ~ tak lupa utk nenek, belikan juga baju kurung kedah utk my nenek.. nenek umo 90thn dah. tua dah...


  (^_*)v ~ belikan hamper 4 my cousin, nk lahirkan bby ke3 tgh bln6 ni la. tensen je dia.. asik beranak laki jer kuar hehe... hope dpt gugurl utk ke3 ni tp bila x-ray.. laki gk hehe... if aku??? laki? nk jew.. best la bby boy.. :P


  (^_*)v ~ belom sempat bby nk besar, beranak lg.. takpe.. setiap anak tu Tuhan dh tentukan rezekinyer.. kan3.. :)


  (^_*)v ~ masak2.. masih lg masak... 
tak putus asa.. now dh kurangkn nasik.. so ulang2 mkn pasta jew :'(



 (^_*)v ~
=
=
=
=
=
=
=
=

  (^_*)v ~ biz jalan cam biasa... stock pon masih lg di ambil cam biasa.. :)
bz to mmg bz tp tk biz mna nk dpt duit.. dah la now 1 sen pon tk mintak parent dh.. 


  (^_*)v ~ pos kad... ~~~~
sikit demi sikit..


  (^_*)v ~ setelkn borang nikah... siap!!!
blh mek 24/6/2012.. alamak... isnin la plak... xde transpot nk pkai.. mak abah xde.. adik kje partime.. aiyooooo.... kena mek keta sendiri ni... tkpe nis relax... ujung thn.... sbr.... ~~~~ :)


  (^_*)v ~ its lolypop, mini pudding, gula2... 


  (^_*)v ~ stock doorgift.. 
~ pper bag.
:)


 (^_*)v ~ mood : hepi sgt2lah :)
hope sume ok.... amin...  (^_*)v

Wednesday 6 June 2012

~~~ Borang nikah (selesai) mood: lega.... :)

Smlm : PEJABAT AGAMA ISLAM (SUNGAI PETANI)
~~~ MOOD : risau, malu, segan, takut... huk3..

Sampai terus isi form yg belum complete then masuk dlm kena interview..

me : assalamualaikum.
pak ustaz : w'slm, masuk.. tlg tutup kipas tu sat.
me : (jln ke tepi wall sambil petik button "0".
pak ustaz : mengucap sat.
me : (mengucap beserta maksud) :)
pak ustaz : nama apa.
me : nur khairunnissa binti rosli (amboih! full den jwb :p )
pak ustaz : keje apa?
me : buat online biz je. 
pak ustaz : jual apa?
me : macam2, kosmetik, suppliment, aksesori dll.
pak ustaz : income bapa?
me : ade la dlm ****.00
pak ustaz : ooooo blh la noh? bakal suami keja apa?
me : pengajar kolej swasta ja. 
pak ustaz : dulu kamo dan dia lepasan institusi mana.
me : saya uum, dia ikbn.
pak ustaz : suka ka nak kwen ni?
me : biasa jer, parent kami lg suka kot coz depa yg mau kami kawen cepat.
pak ustaz : oooooo bgs, parent restu ni... ok.. lulus! bulih kwen... 10.6.2012 mai mek surat kebenaran. :)
me : terima kasih, tu je ke? tak dak tanya apa dah ka... 
pak ustaz : sama2, tak dak pa aih... dh kata parent suka, takdak masalah la.. semoga bahgia naaaaa.... 
me : maceh, asslammualaikum. :)




click 4 big view :)

dpt kebenaran pak ustaz mai mek 10.6.2012
tapi kerani tu dh tukar tarikh ke 24.6.2012
***** kerani lg besaq dr pegawai naaaaa... huk3..

===========================================

nak turun tangga dah....
terserempak dgn USTAZAH  plak... aiyoooooooooooo....
kena sound setepek... !!!



ustazah : nanti mai lg sini pakai bj kurung naa..
me : pakai dress lagu ni tak blh ka?
ustazah : kalau blh bj kurung la.
me : (diam jer)

p/s : ustazah tau dak.... saya ni excited sgt nk mai pjbt agama sampai saya lupa pasai baju kurung sume tau dak? btw, sume bj kurung saya dh buh dlm kotak. excited sgt nk pindah umah dok dgn SUAMI :')




Friday 1 June 2012

~~~~~ HEY JUNE is coming :)

Mood : terbang2 di awan biru :)
Kad telah di pos pd 27/5/2012 ~~ masa dating huhu.. since smlm dh rmai yg chat, inbox, sms bgtau kad dh sampai :) sukernyer... 
Ramai yg komen pasal kad yg simple tapi ade bau wangi hek3... (^_*)v

Td bonda Miyzan post kat wall bgtau kad sampai. Walaupon bonda dh bgtau tak dpt dtg. Tetap nk pos gak buat bonda sebagai kenangan. Nanti rindu cuimlah kad itu keh3 :) ~~~~~ 





CLICK PD PIC UTK LIHAT JELAS :)


p/s : sape nk kad.... ????? blh inbox detail.. ade  100 keping je lg. hoping tak kena add lg kad coz muka naik sogan dh jmpa akk kedai tu.. asik tambah2 jew... malu cheq.. :P