.

.

Tuesday 31 July 2012

3 minggu 5 hari bergelar isteri..




Hampir sebulan..
bergelar isteri dan dia bergelar suami. agak2 bila nk muncul org no3 yer? :P ~~~ ofcos lmbt lg yer hehe..


tak byk yg berubah. masih lg sama.. rutin seharian.. bgn sediakan sahur.. aku yg mmg biasa bersahur mmg kena bgn jugak lah.. so suami yg tk suka bersahur pon aku paksa juga bgn dan mkn. dia pon ckp, bila mkn rasa tk lapar nk puasa.. haaaaa tula.. kn org dh ckp :P. kena sahur kena sahur jugak3!


ramadhan thn ni lain sgt. acely aku ni blh thn liat nk bgn sahur gak. tp bila dah bersuami kena la belajar bgn awal hehe.. kena byk belajar buat kuih pasni. bukan utk suami tp utk mak mentua yg tinggal tak jauh dr umah kami ni. hehe.. dia suka masak2... :P


tiap2 hari suami akn tnya 1 soalan.
hepi tk kawen.. aku jwb yelah :)
aku tnya blk dia ckp hepi then rasa syukur coz dia dah tepis 1 tomahan seseorg ni. suami ckp ade sorg pempuan ni pernah ckp kt dia, KALAU DIA STAY DGN AKU YG BOROS DIA TK KWEN LA SMPAI BILA2.. hehehehe.. padahal aku ade duit sendiri la.. ade MARA ade duit gk jual lens, kasut n beg.. lawak btol.. myb dia tau kot suami salu belikan dan sponsorkn mcm2 masa aku belajar dulu... mmg lawak.. jd suami ckp ok la kita dh kwen.. kita mmpu utk kwen. TERBUKTI!!


aku ade berniat sblm berkahwen utk bertudung. ye, mmg tk sepenuhnya lg.. tp aku cuba sedaya upaya. mmg akn ade org ckp... ALAH PKAI TUDUNG TP PKAI LENGAN PENDEK. yer btol aku mmg pkai lengan pendek jew. coz mmg tk biasa nk pkai lengan2 pjg. perubahan tk blh nk pksa.. paling tidak pon.. aku tak berlakon depan sesiapa.. dgn parent aku cmni, depan suami camni dan depan mentua dan adik beradik ipar pon still camni juga. aku tak mahu jd DI DEPAN LAIN DI BELAKANG LAIN. 
byk yg aku tgk depan mata.. 
depan parent tutup aurat myb parent dia islamic punyer line..
tp bila keluar dr line itu.. contohnyer masa study, masa kerja... tk plak bertudung dan menutup aurat. 
bila blk pd parent pakai blk.. aku tak mahu jd cmtu.. maka.. biarlah perubahan yg aku buat btol2 ikhlas.. slow2..
aku bukan dilahirkan dlm line keluarga yg berkopiah, tudung bulat labuh atau purdah.. jd jika aku mahu lakukan perubahan, adalah mustahil utk aku terus berubah ke arah itu melainkan aku mmg ade ibu bpa adik yg bergitu. 


aku ingt seorang lecture aku pernah menegur seorg budak yg post di sebuah laman sesawang ttg HUKUM REJAM SAMPAI MATI BG ORG YG MURTAD sehingga lecture itu dihina dikutuk dicaci oleh budak tersebut.. lecture tersebut menegur dgn baik bahawa kita tk blh terlalu jump into conclusion dgn drastik.. mmg lah klu zmn dulu org murtad direjam smpai mati.. tp hukum itu perlu praktikal pd zaman kita kini. kalau semua org tgk org jahat nk REJAM jer.. kita seperti menolak mereka semakin jauh dr lndasan.. hukum islam itu betul.. tp perlulah kena pd masa dan tempatnyer. jgn kita tunjukkn islam itu berat.. tunjukkn yg islam itu memberi peluang utk mereka yg ingin berubah.. itu lebih baik dr menunding jari pd org lain pdhal jari selebihnyer menunding pd diri anda sendiri.


aku bertanya pd suami adakah dia menyuruh atau melarang aku menutup aurat.. dia kata tak.. dia mmg mahu aku menutup aurat tp dgn rela hati buatlah perlahan2... semoga perubahan itu berkekalan kerana dia mengenali aku saat aku mmg tidak lg memakai tudung.. bg aku biarlah TUHAN  yg menilai apa yg aku lakukan.. kalau asik nk fikir org sekeliling.. mmg sshlah.. coz org sekeliling mmg tk akn senang dgn kegembiraan kita.. ada je yg tk kena.. 


aku sentiasa cuba utk buat yg terbaik dlm perkahwinan ini dan jugak dlm hubungan br dlm family baru.. tp tk dilupakan jugak family kandung hehe..
hari2 buka puasa dgn mentua. kakak ipar ade ckp.. nisa menantu kesayangan bapak! oooooo hahahahha...
sayer syg bapak mntua gak :P !!!
hujung minggu blk berbuka dgn parent di kedah plak..sesekali keluar orvernite dgn adik ipar dn suami tgk movie dan jln2.. semua itu utk mengeratkn lg hubungan kami. itulah langkah yg aku dan suami ambil.. mmg agak moden, yelah kalau nk ikut zaman dulu mmg sshlah... tk kn nk ajak men layang2 plak :P


yg pasti, lepas je bergelar suami dan isteri.. takade lg istilah ponteng solat bila dating.. :) hati rasa sgt tenang setenang2nyer.. hepi sehepi2nyer... sejak ada hbgn yg sah, kami tak lg rasa berat utk keluar ataupon rasa bersalah mcm dulu. yelah sblm kwen, keluar dating.. skip solat... tgk wyg berdua... jmpa berdua... semua itu dosa.. kami tahu tp kami buat.. mmg seronok tp ade BEBAN dlm hati. tp bila dah kwen.. seronok itu dtg KOSONG... tanpa pakej, TAKUT, DOSA, RISAU, BEBAN dll.. :) 
siyes tak tipu... tak cyer kwenlah... btol..


mmg btol indah bergelar suami dan isteri.. rugi aku tk terima lamaran suami dr dulu.. kalau tidak... dah beranak pinak rasanyer :)


p/s : yg pasti niat kami nk kwen sblm umo 28 mmg berjaya.. suami berjaya.. aku? bertambah2lah berjaya haha... nasiblah aku pilih org lebih tua... habis belajar dia sudah menunggu. tak ambil masa yg lama... semoga diberkati.. amin... pd kwn2 lain.. ku doakn kamo sume bertemu jodoh juga.. :)



Friday 27 July 2012

Kwen awal tak salah...






Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-25 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda. 
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik. 
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak. 
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka. 
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
=================================


Tetapi Ibu Bapa pun, kenalah jadi 'pembincang yang matang' juga. Bila anak utarakan perbincangan fasal kahwin awal, tidak pedulilah berapa pun umur mereka, jawablah dengan matang jika tidak membenarkan. 
Jangan dijawab dengan jawapan yang sangat mengguriskan hati seperti: "Hang kecik lagi. Jangan dok gatai eh." 
Pimpinlah anak-anak untuk berbincang dengan matang, buat pertimbangan pro&kontra. Lihat dan dengar juga pandangan anak-anak itu. Apa permasalahan dia. Kenapa dia nak kahwin awal. Apa persediaan yang dia sudah lakukan. 
Bimbinglah. Jangan hanya tahu menyatakan tidak. Jangan teruja mahu tunjuk ke'veto'an ibu bapa tu. Nanti anak-anak lari buat keputusan sendiri yang lebih merosakkan. Ibu Bapa patut berusaha menjadikan dirinya tempat rujukan, tempat anak-anak suka untuk pergi jika ada apa-apa. Jadi, kenalah mesra, dan matang. 
Jangan asyik-asyik ulang - "Kami ni tau yang lahirkan kau! Kami yang bagi makan minum. Kami yang bayar itu ini."

=
=
=
=
=
=

perkahwinan muda yg mengemparkan ramai pihak... cayalah.. :)


nk tahu cerita lanjut ikut link ini >>>> perkahwinan-muda-syafiq-yana-cetuskan-fenomena

p/s : jgn tunggu dh tua yeap... 26thn plus2 take noted :P

Tuesday 24 July 2012

Pelamin anganku..

pelamin nikah ku :)

pelaminan impian :)


bilik pengantin ku
pengalaman terindah.. abadi dlm ingatan.. berhabis byk tak kisah.. asalkn hati rasa puas.. kawen cuma sekali, bak kata SUAMI :) 
kenangan yg akn tersemat abadi dlm hidup.. 

p/s: dulu tak cyer kwen tu best. tp bila dh kwen.. yeah!! kwen itu best :P tet! tet ! tet!
sapa yg blm kwen.. sila kwen... syiok.. jgn tunggu tua2 br kwen.. syg masa... cian3... :P

KAMO BILA LG ????

Wednesday 18 July 2012

Kehidupan sebagai ISTERI :P



Alhamdulillah..

dah 1 minggu 6 hari bergelar isteri. 
mood : hepi.


smlm en huby dah mula kje setelah 2week dia cuti. so, dok la sengsorg jer. tp tak relax pon!
- kena bsh bj (pkai tgn) huk3... haha... 
- sidai baju.
- buat bekfes utk suami.
- kemas umah.
- pasang lansir.
- pasang bell umah (coz umah ni org ketuk tak dgr, bukan kami pekak yo!).
- pasang penyidai telekung (buget teror) :P
- kuarkan brg2 letrik.
- kemas peti ais.
- kemas baju
- iron bj en tunang suami.
- dll ... manyak2 lg la kena wat... :") tp suker haha.. (pelik hoh???)


nasib kami agak baik coz byk org yg bg hadiah brg letrik, tak kurang gak set pinggan mangkuk. lebih dr cukup... blh wat kendurik hahaha...


hadiah my side :
- toaster
- set pinggan (dinner 2set)
- gelas 4set
- gelas dan jug 3set
- iron 3bijik
- set pisau 1
- cawan dan teko 5set
- boiler 1
- frame gambar
- periuk nasi
- duit (blh tahan manyak) - sume dr kwn2 cina haha...
- lansir
- cadar
- bantal
** byk sgt... maceh pd yg bg doorgift.. - anda mmg memeriahkan suasana hehe..


side suami:
- toaster lg
- blander
- microwave
- set cawan 3set
- set masak besen2
- set periuk
- frame
- set pinggan
- set biskut raya 2set
- frame elektronik
apa lg ek.. lupa dh....
** duit? emmmm tak tau plak la belah en somi... :P


tp mmg best mlm buka hadiah itu... best sgt.. nak3 bila all dah setel.. rasa lega!


~~~ :) rasa cam nk kwen sekali lg.. ulang2.. haha..
~ puas hati sgt bila apa yg nk dpt gk akhirnyer.
best part dpt design bj kwen sendirik. bkn pkai bj butik yg redy made. mmg syiok habis... masa fiting pon best mmg filing2 nk kwen tu makin terasa.. ooooo... gitu rasanyer bila kwen hehe... :P


= ptot la org ckp kwen ni best.
 byk gk org nk kwen tp tk dpt.. so yg dpt kwen ni kena la bersyukur byk2. :)
yg tk dpt kwen lg tu tkpe, cuba lg tahun hadapan hehe.. doa byk2, restu parent jgn lupa.. jgn tipu mak bpk.. yoo... (jd ustazah sat)

--- emmm... ade lg peristiwa.. 2minggu sblm nk kendurik... kwn mak dt kelantan de dtg. dia dtg awal dgn familynyer coz kebetulan de hal di penang. dtg bw byk kopok.. termasuk kopok lekor. apa lg.. mmg fav la kan.. goreng punyer goreng.. meletop ia kena pipi kiri sebijik pipi kanan 3bijik. maka cacatlah muka sket. minggu pertama merah je.. masuk minggu ke2 dh jd hitam parut itu.. alahai.... tawakal jela.. yg risau tkt2 kang nnti tk blh cover pkai makeup.. mmg lah aku jenis org yg de masalah muka (dolu2) tp since dh pkai chahaya whitening ok dah.. baik punyer rancang lain lak jd.. tp mmg aku bernasib baik.. luka tu dh kering n kulit dh rata masa hari nikah.. mean blh la cover luka kena minyak itu haha.. ~~ alhamdulillah :)
- sebulan gk stop pkai makeup or pe2 crim pelembab coz nk bg makeup tahan lama masa kendurik :P
- alhamdulillah gak.. sume ok..
- gambar pon all ok.. baloi la byr mahai haha...
(maceh utk jurufhoto rasmi di kedah)
penang jurufhoto lain.. so tk tau sgt..


~~~ pasal makeup lak..
3 org yg diambil utk makeup.. nk bg nmpk beza utk ketiga2 hari itu.
nikah : amek member dia mmg teror. 
kenduri kedah : butik pengantin 
kenduri penang : butik (by pondan) :P ~~~ dh jd serupa pelakon hindustan plak haha... di letaknyer eye liner tebal2.. adeh..


tp paling best masa kndurik.. mmg puas hati nipis je dia makeup.. mmg tahan lama.. 


********* bermula la kisah sebagai isteri + puan haha.. geli lak.. :P daaaaa... nnti story lg.. 




p/s: thx tu my fren yg bg hadiah sume.. yg paling touching my supplier brg2 dtg dr KL nun jauh di sana hehe. then... izad kwn sekelas, satu2nyer lelaki dlm kelas kami... pos hadiah... ish3.. wat susah2 jew..
my fren izaza... yg akn kwen pas raya ini.. maceh utk periuk tu haha.. blm tgk lg coz kamo pos kn.. pos lak kt umah parent :P


selingan... pic HONYMOON... :p

















Friday 13 July 2012

Dgn sekali lafaz ~~~

" aku terima nikahnya nur khairunnissa binti rosli dgn mas kahwinnye seribu lapan ratus lapan puluh empat ringgit tunai.... "


SAH?


sah... sah????


kuar gak air mata seorang isteri
alhamdulilah... 
sekali lafas aku bergelar isteri kepada muhammad isa bin abdullah. hati berdegup kencang.. air mata berderai jua. tak sangka akhirnya aku sah menjadi isteri secara lansung juga menamatkan zaman bujang pd usia 25tahun. ok la tu.. target 26tahun baru kawen. tp jodoh dah sampai, maka dgn tgn terbuka aku terima. :)

kedua2 family/parent nampak gembira.. aku pon turutlah gembira :P.
best part both side pon ade pelamin sume, so.... mmg rasa sgt2 kemeriahan itu sume.. :)






suami, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

================================================

******* ~~~~~ mood : menunggu juru "PIC" bg lg pic... akn upload sikit2...
today mau honyBULAN... cameron jew.... nk dekat posa dh.. ok la dr tk kuar memana...kan3... kn bersyukur.. semoga TUHAN beri yg lebih baik akn dtg.. AMIN...:)


p/s: somi ajak petik stoberi... moh kite !!!!







Wednesday 4 July 2012

Mengapa TARIKH ITU??

(*_^)v ~~~~ y this pic... hahaha... saja. :P (pic ni copy jer, dt website. bukan jua ring merisik or tunang sesiapa) ~ take note yer.

Ramai tanya mengapa pilih tarikh 6/7/2012 ~~~ ???
Acely kami (saya dan bakal suami) telah pilih date 12/12/12 ~~ parent memula dh setuju. tp tetibe parent bakal suami dtg nk tukar date, lepas raya katanyer. then tukar lg... sebelum ni puasa plak.. awal setengah tahun. 


Myb ini hadiah buat parent kami. parent yg byk menunggu hihi. :)
~~ date nikah 06 JULY ini juga hadiah buat seseorg yg menyambut besday pd hari ini. ~~ (^_*)v
** selamat hari lahir, semoga cepat BERTUNANG, cepat KAWEN :)
=== ok tinggalkn jap citer dia, nnti spoil de mood :P ~~~~ 


Perkahwinan berlansung selama 4 hari. bermula hari khamis (side perempuan) 
= majlis berinai
= doa selamat


jumaat ~ majlis akad nikah - beserta sedikit kenduri.
sabtu (side perempuan) ~ majlis resepsi
ahad (side lelaki) ~ majlis resepsi


** pejam celik dh nk jd isteri org. jangka masa yg amat lama utk parent kami coz saya telah dirisik (pd tahun akhir form6) ~ tp mak n abah tk bg lg coz dia nk anak dia cont study :) ~~~ alhamdulillah.. dah de degree.. bakal suami tanya samade nk cont master tak coz adik dia yg same age pon dh nk bis master. myb dia risau nanti isteri dia nyesal kemudian hari. 4 me its not de problem anymore la coz biz yg dibuat now mmg fit me well.. :) acely this is wat i want :( sejak aply uitm masa form5 dulu.. dpt biz study tp mak tak kasi ikut. mak ckp, "kakak, kn masuk stpm coz dulu mak pon mek stpm") 


~~ org ckp hidup akan berkat jika ikut ckp mak. so, ikut jela... lgpon.. tak mati pon hehe... 
~~ aku ckp plak... bila ikut ckp mak, apa kita rancang sume dpt. apa nk ade je cara nk dpt. ade gk benda yg tak mintak tp dpt kiki...
= cam kwen.. tk mintak pon tp dpt jew... ade org nk sgt kwen tp tk dpt.. (tipu parent kot :p) haaaaa ayokkkk.... tipu lg.. kan tk dpt kwen... hihi.. tkde la joking jew.. === aik??? terasa?


mak abah dah mula edar kad sejak sebulan yg lalu. hepi je tgk muka mak abah yg hepi tiap kali kuar umah nk g edar kad.. pakai lawa2 dh cam org nk g kndurik jer. terpncar kegumbiraan.. :)
** dlm masa sama abah dok bg hint* yg nk tambah kad lg. adeh!!!
**** takmo2... muka ini dh naik tebal asik ulang g kedai kad itu.. asik g sna add lg.. add lg.. bpe byk abah mak nk jempot :(


~~~~ last2 mak yg g tambah kad.. mak byr.. keh3... lego den!


p/s: buat some1 yg besday on my wedding day.. hope date ini akan terkenang2 dlm ingatan.. hadiah paling besar yg kami suami isteri berikan buat anda.. hopefuly, lepas2 ni.. setiap kali anda sambut besday.. anda akn ingt... ulangtahun perkahwinan kami (*_^)v 
~~~ en suami suh bg kad buat anda, tp anda xde nyer dtg kn... FERARI MERAH tak blh jln jauh2.. :(



(*_^)v jempot dtg.. n save de date dear... :)


(*_^)v hepi besday 4 u ~~~~~

(*_^)v hadiah besday utk kamooooo..... 





**** clik pic utk besarkan :)