.

.

Wednesday 31 October 2012

Tips utk para ibu-ibu mengandung utk tidur lebih lena


Dr. Ummul Wahiy dari Klinik Bersalin UMRA, Shah Alam menyenaraikan 11 tip untuk diamalkan bagi membolehkan anda tidur lena walaupun perut semakin membesar seperti bola gim.

Apabila kandungan semakin membesar, anda akan berhadapan dengan masalah sukar untuk mendapatkan tidur yang cukup dan selesa. Walau bagaimana pun, masalah ini adalah biasa. Hal ini berlaku kesan daripada kebimbangan dan stres, perubahan hormon dan ketidakselesaan fizikal. Sebagai panduan untuk mengatasi masalah anda bolehlah mengikuti amalan berkenaan.

1. Kurangkan minum

Di siang hari, minumlah air sebaik-baiknya air kosong sebanyak mungkin. Tetapi apabila hampir waktu tidur, kurangkan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini penting untuk meminimumkan kebiasaan anda yang kerap berulang-alik ke bilik air semata-mata untuk membuang air kecil.

2. Senam di siang hari

Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia juga bermanfaat dalam memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Pun begitu, elakkan bersenam terlalu lewat menghampiri waktu tidur. Pastikan anda anda berhenti bersenam tiga jam sebelum tidur bagi membolehkan tubuh kembali “sejuk”. Ini penting kerana senaman membebaskan adrenalin ke dalam tubuh yang akan membuatkan anda kekal “berjaga” sepanjang malam. Senaman paling baik ialah renang kerana air dapat menampung berat badan dan mengurangkan tekanan ke atas sendi-semdi badan. Selain itu yoga juga boleh diamalkan untuk menenangkan minda dan fizikal. 

3. Kongsi masalah

Tekanan dan kebimbangan merupakan antara penyebab anda tidak berupaya tidur dengan nyenyak. Ingatlah! Tekanan yang anda “perap” di dalam kepala tidak mendatangkan faedah. Jadi, berbincanglah masalah yang menyesakkan minda dengan orang yang anda percayai seperti suami, ibu, adik-beradik atau kawan rapat. Dapatkan pertolongan mereka yang boleh mendengar dan membantu jika ada isu-isu tertentu yang menyebabkan anda kacau bilau.

4. Ikuti rutin

Biasakan diri dengan rutin yang teratur. Contohnya mandi, menyapu losyen pelembap muka dan tubuh, menyikat rambut, membaca bahan bacaan ringan, mendengar muzik sentimental, minum teh tanpa kafein atau susu panas dan sebagainya. Jika anda sudah biasa dengan rutin yang konsisten, tenang dan selesa, anda tentu dapat beristirehat dan seterusnya mudah rasa mengantuk. Hanya dengan bersikap konsisten, anda akan memberikan isyarat kepada otak bahawa waktu tidur sudah tiba.

5. Betulkan posisi

Dalam trimester ketiga, amalkan tidur dengan mengiring ke sebelah kiri. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah yang baik untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan anda sakit pinggang.

6. Atasi pedih ulu hati

Bagi mengelakkan pedih ulu hati, jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah pedih ulu hati menjadi penyebab anda tidak dapat tidur, pastikan kedudukan kepala anda lebih tinggi ketika berbaring. Selain itu, elakkan makanan berempah, berasid (contohnya makanan yang dihasilkan daripada tomato), berlemak atau bergoreng. Makanan-makanan daripada jenis ini akan memburukkan lagi masalah yang anda hadapi.

7. Tidur siang

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi di waktu malam, pastikan anda mencuri masa untuk melelapkan mata buat seketika di siang hari. Ini dapat membantu anda mengurangkan keletihan. Carilah kawasan yang sunyi dan beristirehatlah walaupun hanya untuk beberapa minit. Jangan lupa padamkan telefon bimbit anda! Walau hanya 10 minit, ia sangat membantu untuk memulihkan tenaga dan kesegaran anda.

8. Bantal tambahan

Anda digalakkan untuk menggunakan bantal khusus untuk penggunaan wanita hamil bagi menyokong tubuh anda yang kini semakin membesar. Walau pun begitu anda masih boleh menggunakan bantal sedia ada yang biasa anda gunakan. Untuk keselesaan, cuba tidur secara mengiring dengan meletakkan sebiji bantal di bawah lutut dan sebiji lagi di bawah perut.

9. Jaga diet

Hapuskan kafein, alkohol dan nikotin dalam hidup anda! Ini penting bagi mengelakkan insomnia. Awasi kafein dalam minuman ringan seperti kola, coklat dan kopi kerana ia boleh mengganggu tidur. Begitu juga dengan nikotin. Alkohol pula, walau pun pada awalnya boleh menyebabkan anda mengantuk, ia tetap mengganggu tidur di malam hari. Dalam pada itu, ambillah makanan seimbang. Bukan sahaja kerana ia penting untuk kesihatan anda dan bayi. Dengan mendapat zat makanan yang diperlukan, ia mengelakkan anda daripada berlapar. Secara tidak langsung, ia menghalang anda daripada mengalami masalah sukar tidur.

10. Tukar coli

Sebelum hamil, anda selesa tidur tanpa memakai coli. Sekarang anda perlu sentiasa memakai coli bagi menyokong payu dara dan mengelakkannya menjadi kendur. Untuk mengatasi masalah ketidakselesaan ini, gunakan coli khusus yang digunakan untuk tidur atau longgarkan coli jika anda berasa tidak selesa. Tambahan pula, anda sememangnya perlu menukar saiz coli beberapa kali sepanjang tempoh kehamilan.

11. Bantuan pakar

Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat jika masalah insomnia berterusan. Khidmat daripada pakar tentu dapat mengatasi masalah anda.

Info

Susu panas yang diminum sebelum waktu tidur bagus kerana mengandungi L‑triptofan iaitu “ubat” penenang semula jadi.




Monday 22 October 2012

Baru tahu...

Nak citer kes lawak sket..

Agak2 ade tak org yg pernah alami keadaan sama cam aku ni yer?
yg pernah hamil? mesti la byk kn.. tp yg hamil terus pas kawen ade tak? ade kot tp jrg kan? sbb itu la jd perkara ini..

Masa pndaftaran baby (my pgnancy) ~~~~
sume ok jer so far memula tu. kami (aku dan somi), ambil no cam pasangan yg lain jugak. tp sebab kt sana ade cousin suami, maka dia awal2 dh tarik kami masuk 1 bilik ni. dia tlg registerkn utk kami. kira kami skip la part nk tunggu tu.. lega jugak coz masa tu pg... biasa la pg ni aku tk bpe larat sgt, yelah br pas muntah2. tiap2 pg muntah2. ~~~ mmg agak seksa setiap pg. hari2 kena tahan. *** time ni mmg kekadang ngis la jugak, kenangkan cne la keadaan mak masa hamilkn aku. *** huk3 :'(



then mariah (cousin suami), tlg kirakn bila DUE utk aku lahirkan bby. 9 april 2013. emmmm 7days after my besday la. dia kata bby dh 13week old. time ni la aku dh mula tak PUAS HATI... yelah, aku br kwen 12mingu kot haha... mmg la cuak.. mana tak nyer.. 2hb aku dtg bulan, 6hb aku nikah.. bkn waktu subur 14hari dr hari period ker? aku blur jap kat situ. tp ak diam jelah.. (dlm hati its ok nanti aku tnya doktor..japg kena jumpa doktor utk scan kan.. nurse ni btol kew haha...) ~~~ buget cm aku lg pndai la kn :P


 ini la bak kata DOREMON...""""buku kemana saja..."""" 
dinasihatkan bw buku ni g mna2 pon coz from now aku tk blh di beri sebarangan ubat, tak blh sebarangan disuntik atau di bius. dlm ni gak ade byk info pasal kesihatan mommy n bby.. so wajib bawa..

 siap kena bw surat nikah bagai... mean org tk nikah tk blh dtg chekup ler. 


diorg kira pkai benda ni la..

then, g mek darah... ini part tk syiok... dia kata sikit.. tp byk... huk3... lenguh tgn aku.. nasib la aku ni kurus senang jela nk cari urat.. selamat...

pastu dpt scan, masa ni dpt tgk jantung baby.. kecik lg dia 2inci je besarnyer. nk ngis dh time ni... tp sabar2.. cover2... doktor pon bgtau ini tulang belakang, ini kepala, perut dia, tgn kaki... bla bla bla bla... aku dan suami angguk jela.. pdhal kami tk nmpk pon hahaha... lyn jela doktor ni.. time soal jwb.. apa lg aku trus tnya..
SAYA BR KWEN 12MINGGU NPE KIRA PEKNEN DH 13MINGGU?

DOKTOR : oooooo... camni puan, kita kira dr hari mula period bukan hari subur.
AKU dan SUAMI : !!@@$%^&*?????

~~~~ npe kira cmtu... pelik3..
blk umah bgtau mak, bgtau mntua dan bgtau kwn2 yg dh pernah peknen.. diorg ckp mmg r cmtu... huh... maloooooonyer... *_^

p/s : moral of de story, tnya pd yg arif (utk aku, tnya pd doktor) :P
... tkde ilmu jgn belagak hahaha... klu tak pengalaman peknen lg la bek jgn sembang kiki.... kwen dulu br ckp soal rumah tangga bgai.. :P






INI LA ORG CKP BUNTING PELAMIN..

OOOOOOOOOOO...BARU TAU JUGAK!!! cian btol haha

Thursday 18 October 2012

OUR WEDDING (PENANG)

BARU DPT PIC WEDING...
KEDAH NYE BLM DPT LG... HUK3... TKPA... BNDA MEK MASA LAMA LG LAWA.... WAHHHH... :p




























kedah nyer bila dpt kite upload :)

Saturday 13 October 2012

Daftar....

12 week...
daftar bby kt gomen. atas nasihat mak n mntua. kata mereka, klu gomen diorg dtg chek kt umah wat lawatan dr masa ke masa. klu swasta xde. so, apa kemudahan yg ada pkai sebaiknya. tp dlm masa sama g jugak kt swasta utk scan, mek ubat coz kt gomen kelengkapan scan tak cukup... adapon yg basic2 jer.. so mmg nk tak nk kena gak g private. bg aku? mana pon blh la.. asal bby ok.. so far bby mmbesar dgn ok. kesihatan mommy pon ok. darah normal sume la normal jer.. :)

Perut? eeeemmm makin hari perut makin naik.. mula2 nmpk cm org buncit (gemok). tp lma2 dh ade rupa org pregnant hehe.. tp malu gk la.. kalau kuar mkn mlm2 mmg pkai tshirt je.. cover perut hahaha... (muncit de isi ok bkn LEMAK2 heheh)

Skrg.. tk sbr nk tunggu bby gerak.. kata kwn2 yg dh de ank, bby mula gerak dlm 3bln ke ats.. ini yg buat ak makin tak sabar. cne la rasa bila dia gerak yer??? siyes curious nk tau sgt2.. ^^


^^ 1 day.... kami akan jd cmni la.. mommy, daddy, baby.. :)


^^ nanti dia akan..
= tendang2
= golek2
= menari
= lompat2

waaaaaaa siyes tak sabar tungguuuuuu... ^^v


p/s: dear bby, cepat besar ye syg... mommy tunggu bby kuar hahahah... nnti mommy bw shoping kah3.. :P nnti kita blh main sesama.... nasib la mommy kje dr umah... blh jaga bby nnti :)



Wednesday 10 October 2012

My besday boy "9/10/2012"

HEPI BESDAY TO MY HUBBY... I LOVE U DEAR...
semoga dipjgkn umor dimurahkan rezeki syg... :)
9/10/2012
cukup umor en somi 28thn.

 buat CHEESE CAKE utk besday boy...
kecik je kek... keh2... testing.. tk buat byk2 tkt tk jd.. tp berkat nk buat sgt utk suami.. jd gak akhirnyer.. ALHAMDULILLAH....

kerat sebelah utk mntua.. dia suka mkn kek..
(*_^)V ~~~~ nk jd menntu yg bek haha....

tak sbr tunggu en somi blk... ingt nk wat seprise... tp......
dia lak bw blk seprise.. since mingu lepas nk mkn satay ikan ni.. akhirnye dpt mkn gk.. maceh syg belikan gk . baby n mommy so hepi :P

semoga perkahwinan kami kekal ke akhirat.. :)


*****p/s: pic kwen dh dpt.... so nnti blh upload.. :)




Thursday 4 October 2012

My baby "yeah im pregnant"



mommy + daddy = baby
coz
"dah kawen"
~~~~~~~


Bermula ceritera...... lalalalala......
Ramadhan lalu.... dah hampir sebulan aku puasa, agak pelik cne blh puasa dh nak dekat penuh ni. dlm hati ade juga fikir.. kenapa aku blm dtg bulan lg sampai skrg? ish3 mcm2 plak la yg dirisaukn. mna tidaknyer? aku ade amek suppliment VCO (VIRGIN COCONUT OIL). katanyer blh stabilkn period. period aku dah ok jer sejak mkn.. tak kn lah buat hal blk.. spoilnyer!!! hari2 asik letih, mengantok, asik lapar jer..

Tp...
jauh di sudut hati, ade gak fikir.. aku PEKNEN ker? tak kan la... yela br kwen sebulan.. tak mungkin kot.. tak3.. tak mungkin.. usah la perasan bebenor.. hihi.. tp dlm perasan tu, aku senyap2 bli pregnancy test tu.. mak ai... malu giler kot nk bli "NATANG" ni. esok hari nyer masa buatkan sahur utk suami. sj la test coz aku surf kt tenet katanyer best utk test masa pg. bila test keputusanyer...


my 1st test..
1 line tenang.. 1 line kabur.. myb kesalahan kot... tak mungkin peknen..
*** aku melompat terus bgtau en suami yg masih tido. mamai lg dia... sambil nagis2 aku bgtau kt dia. dia tak fhm kot? dia tido blk daaaaa.... aku dah mula naik cuak. DIA TAK SUKA KOT?
TETIBA.... dia bgn cam org terkejut! dia tnya blk apa aku ckp td. aku ulang... dia ngis aku ngis.. dua2 jd cam tk betol.. pg tu nasik goreng pon rasa cam tkde rasa.. kebas je rasa... xde perasaan... aku tgk hang.. hang tgk aku..  (both masih blur).... 

Hari tu en suami blk awal keje.. awal betol.. mlm tu pas buka puasa.. kami pon g tesco cari pregnancy test ke-2. suami aku masih lg tak ckp apa2. myb we both pon terkejut lg. mlm tu test, suami tgk sekali..



second time test.. resultnyer tetap +ve.. mmg kompom la aku peknen.. kali ni baru en suami senyum. katanya kompom blh la hepi, klu tak rasa ragu2.


 dgn bw tester ni.. kami g klinik dekat dgn umah aku di kedah.


 cuak sungguh time ni.. doc kata dia dlm 2 to 3 minggu masa tu. muka suami pon berubah tgk ank dia yg kecik tu.. katanyer baru besar bijan.... but kompom cheq peknen! ^^v


 suppliment yg di beri. aku dinasihatkan tidak buat kerja berat.. 
padahal sblm tau ni aku bz kemas umah, panjat sana sini, menukul sana sini siap angkat kotak bagai.. haha...

======================================





setelah 2bln hamil.. aku sesekali buat lg test... dan line makin terang.. hopefuly baby sihat kat dlm sana sama cam mommy dia yg makin cumil dan bam2 ni hahaha... :P


mommy n daddy syg baby :')
baby sihat2 ok dlm perut.. jgn nakal2.. 

================================

acely dh agak lama aku merahsiakn dan mendiamkn diri. bukan takmo sharing.. tp masih awal lg utk kecoh2.. tak elok kata org tua2 kecoh2 dia awal2 ni.. now dh stabil dh ilang sakit2... br dgn rasminyer aku mengaku yg ak PEKNEN... :) sori la pd kwn2... makcik2 yg dok tnya tp cheq wat pekak je tu naaaa... hahaa...

OK LAH SETAKAT TU JE PENGAKUAN NAK WAT...  hahaha... nnti story lg... :P