.

.

Tuesday 27 March 2012

BENEFIT Concealer ~~~ STAY DONT STRAY

GOT NEW ITEM!!!
IT WILL MAKE UR MAKEUP STAY.... !!! 
TRY IT N U WILL LOV IT :)
PM ME 4 DE BEST PRICE ~~~~~ nixa.nizs.collection



Stay Don't Stray
What it is:
A 360 degree primer for concealers and eyeshadows.

What it does:
Tell your eye makeup to stay, don't stray! This dual-action primer works 360 degrees around the eyes to make concealers and eyeshadows REALLY stay put. Concealers never crease and eyeshadows stay vibrant and true…you'll wonder how you ever lived without it!

What else you need to know:
Stay Don't Stray preps, protects, AND perfects!

Preps: The lightweight formula blends seamlessly into skin, brightens eye area to minimize the appearance of fine lines, and comes in a universally flattering nude shade.
Protects: Hydrates with sodium hyaluronate to lock in moisture, fights signs of aging with Vitamins C & E, and is paraben-free.
Perfects: It's long-wearing to keep makeup looking fresh, locks on ALL concealers & eyeshadows and prevents creasing of eye makeup.

Monday 26 March 2012

Pusaka keluarga..

Tetibe...
Mak panggil “kakak!!!”
Lintang pukang lari. Well i kn anak mak! :P ade org tu pon perli2 ckp i anak mak. Huhu.. ofcoslah.. mak i yg lahirkan i.. mak i yg susukn i. Mak i yg jaga i. ~~ daty i tak tipu mak i. :P

Mak panggil nk bg brg rupanyer. Its de ring! Ring dat i adore so much dr kecik2 la. Suka tgk ring tu. Nk ring tu acely :P. Tak malu kan. Haha... tak tau nape mmg ring tu menjadi idaman sejak kecik. ~ sejak kecik tau minat ring kah3. Ckp la mata duitan ke, meterialistik ker. Harta sendiri takpe kan?



Yehaaaaa... now its mine!
Cantik kn.. huh... like n luv it so much. :) so excited la hai.... tak tau nk habaq cna ni wey....



Sejarah ring ni. Mak ckp ring ni milik arwah moyang. Dia asalnyer dr Acheh. Disebabkan dia ade anak lelaki je (atok), maka dia amanahkan pd atok utk beri pd isteri dia yg bg zuriat. Mak ckp pas moyang pempuan meninggal. Moyang laki dtg penang coz dia org niaga, dia jual kain rempah masa zaman jepun dulu. Dia tinggal di perkampungan ACHEH. Masa tu byk org acheh dtg menetap kat sana. Daty tempat tu diberi nama perkampungan acheh :) ===== ini fakta.. tak tipu yer.. blh goggle kot 4 de info.. :)

Di sebabkan isteri atok tak dpt bg zuriat, atok ceraikan dia. dia bg blk ring tu. Now, bekas isteri atok still de kt acheh n dah berank pinak pon. Myb bkn rezeki dia dgn atok nk de ank kot. Pas bercerai, atok dtg tingal dgn ayah dia di penang (perkampungan acheh). Tp tak lama. Moyang nis bg duit (utk mkn) je dan minta dia idup sendiri. Dia bw diri dtg kedah. Dia kerja dgn org semai padi, toreh getah. dah lama dia kumpol duit, dia beli tanah sendiri.. buat rumah... dia jd peraih padi. heyyyy!!!!!!!!!! ... myb daty i minat niaga huhu :P

Dlm masa yg sama.. nenek nis dtg dr siam amek upah jaga ank org. Ade org kenen2kn, so diorg pon kwen la. Nenek nis dh berkawen sblm ni n dpt sorg ank laki (paklong). Tp suami dia mati masa jepun. So pas kawen dgn atok.. nenek peknen ank seramai 14org. Huhu...tp byk yg meninggal coz dulu takde sepital kn bila ank sakit biar je. Then mati la. Mak n makcik je ank pempuan. Lain2 sume laki. Di sebabkn nenek peknenkn mak, atok bg ring tu pd nenek. Bila mak nk kwen. Nenek bg plak pd mak... so n so n so..... bila nis nk kwen.... here it is.... de ring is mine now! ~~~~~ syiok!



Pelik sket kan ring ni. Color dia pon lain. Ini la color emas lama. Berpuluh tahun dh ni.. ini la ring kwen moyang nis. Dr generasi ke generasi. 


 

Tgk penyambung dia.. lain giler dr biasa.. compare dgn ring tunang nis... mmg lain sgt2lah.


Taraaaaaa... u now wat.. its fit me! Yeah... acely its fit my g.grany, grany, mom n me!  

p/s: kotak ni bkn actual kotak haha... ring ni dibalut dlm kain je.. mmg tkde kotak lnsung. tak tau la nape.. tp mmg cmtu la masa nenek bg pd mak pon. tp tk kisah la... yg penting now its mine.. :P hihi... 

========================

dgn ini blh jwb kot yg muka nis lain... kah3... im mix acheh + siam on behalf my mom... burma + siam on behalf my dad... (^_*)V

mood: hepi sgt!! i got wat i want!


Sunday 25 March 2012

EXCITED!!

Ahad tanpa DATING!
Setelah beberapa minggu dok jumpa non-stop. Today tak jumpa. En tunang aka future hubby (in real life) byk keta nk buat. Dia ckp sbr coz TUHAN nk bg kita rezeki lebih = utk kwen! Emmm ok :) tkpe... fhm... mak pon takde anto nenek g KMC(KEDAH MEDICAL CENTRE). Mls nk ikut. Nanti doctor tu suka ckp waaa muka u cam mak u la.. muka mak u cam nenek.. kompom nnti muka u cam mak u.. ish... suka nyakat btol la.. best part mula dia plak cam USTAZ KAZIM hehe.. :P

Td masak tomyam. Emmmm.... merah punyer. Lama tk mkn tomyam merah. Asik mkn tomyam putih je. Since lama tak mkn. Best btol. Rebus bihun, emmm yummy... === to en tunang... kamo untung la, tk pyh mkn kedai maaa.... bakal bini kamo rajin masak tau kiki :P

Emmmm...kenyang giler.... 2 mangkuk mkn. Ish2... tak gemok tak tau la.. br ni blk kpg g tgk umah bakal bpk mntua=ku. Jumpa la mak tunang gk. Cam biasa masa peluk dia ckp kurusnyer.. cer gemok sket. Huk3. Berat dh naik 2kg dh. Ok la tu.. kang gemok bj tk muat plak. Well too excited kot nk terima menantu huhu :P

===========================================================


=================================================

Ptg td free2, apa lg... hobi i ler. Jahit manik. Too slow today. My beloved spec ilang... nk masuk benang kt lubang pon seksa... last2 jumpa gk spec nyer tp pas dh nk bis jahit pon! Ceh...




taraaaaa..... br belajor je yg ni.. biasa ler blajo dlm tenet jer. xde g kelas apa pon huhu... bj mak ni. bkn mine pon hahahaa.... 

p/s: kang dh kwen blh jait bj mak mentua plak :P

=
sila jeles! :P

Friday 23 March 2012

MISS ROSE (Authentic) a.k.a ORIGINAL

Yea....
dh mula jual cosmetik 

MISS ROSE (Authentic) == very special thx pd yg asik kondem NNC. cakap jual beg tiruan... income haram sume.. (siap kuar hadis, fatwa bagai) kerana anda.. NNC mengorak langkah utk mengambil byk lg produk2 baru. Mana lah tau kerana caci maki anda.. NNC akan mengeluarkan produk sendiri dan bukan hanya menjual BRAND org semata2. :) ===  manalah tau kan ade rezeki. 




utk permulaan NNC masukkan dulu bedak dan foundation yer..




















utk view lebih jelas sila semak di ~~~~ NIXANIZSCOLLECTION (FANPAGE)
TO ORDER === PM ME AT NIXA NIZS COLLEXTION (facebook)

p/s : this is de original makeup by MISS ROSE ~~~ its~self!! 

==================================
thx again pd beberapa manusia yg tak senang melihat NNC bangun. Tp NNC ttp bersyukur.. kerana cabaran dr anda.. NNC mengorak langkah lebih jauh. :)
kepada yg salu support, NNC tak lupakan anda. ~~~ %%% less more n more = adalah milik anda.. hehe maceh darl<3 ~~

Jika tak mampu blh try yg nih...


NIKAH GANTUNG
-    Blh dilaksanakan jika pihak lelaki tidak punya duit utk hantaran. Duit hanya ada utk mas kwen je.
-    Kekangan jarak. Myb coz of study. Jarak jauh maka layak buat nikah gantung.
-    Elak fitnah, yelah perempuan mna takmo kwen bohong la klu bg alasan nk belajar dulu lah. Nk kje dulu lah. Nk itu la ini la.. yg ada Cuma xde org msuk minang jo.
-    ====== keterangan pjg lebar blh view video ni yer. 



Ustaz ni pon best. Ajar cne pentingnya kwen. :)
Selamat berusaha ke arah itu yeah... mari kita sama2 buatkn syaitan menangis melihat anak adam berkahwin dan mempunyai hubungan yg  HALAL! :)




Thursday 22 March 2012

Mulakan dahulu~~~~


ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya. Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh. Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya? Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan. Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan. Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Wallahualam..

p/s: makanyer, jika boyfren u lambat sgt masuk minang... u jela masuk minang dia. ckp kt dia tk pyh bg hntran je... bg cincin BESI  je. Settle.. cian sgt aih... tunggu lama2..

Sunday 18 March 2012

SHOPPING 4 OUR WEDDING AGAIN~~~~

Smlm kuar dating + movie + beli brg kwen +mkn2 + jln2.
Ingat lg masa study dulu jumpa 3bln sekali then bila parent tunang dtg umah risik tak rasmi. Kami jumpa sbln sekali. Dr penang dtg semban trun KL jln2. ~~~ masa ni la terjebak dlm projek biz on9 kui3. (jumpa supplier masa ni)

Then bila dh tunang ~ jumpa plak 2minggu sekali. Hamper nk kenduri == semingu sekali jumpa. Huis... buget cam byk duet je. Tp tak dinafikan kami dok merasa gak bahang rezeki tu. (org salu ckp nk kwen kang de la tu rezeki kwen) = cam tipu je. Tp siyes btol la u! Benda ni mmg jd daaa.... ~ mmg btol!!

============================================================

Smlm setel dah pasal kasut nikah. Siap bli. Melilau cr kasut blink2. Kah3 :P yela kwen cuma sekali. Hehe.. masa gi butik br ni setel=kan booking baju sume, sj la tgk2 kasut kt sna. Huk3... sadis coz size sume 6>>>> <<<10. So mmg la klu pkai longgar sgt. Coz mmg kaki i kn comel :P klu platform kn pkai size 5 je. Kalau heel size 4. Abg lembut kt kedai tu ckp takpe blh buh tisu! ~~ errr ~~~ takmo! === so smlm g bli kasut sendiri. Jap je test trus berkenan n bli! (*_^)V. Tp..... yg paling lama adalah en tunang. Huis! Kalah aku kot. Lama giler. 2jam try kasut je. Last2 dia mek gk kasut tu. Harga??? 4kali ganda kasut=ku. :( (mahainyer kasut laki)

Penat === wat muka penat sket! Yea..... dpt bj baru. En tunang ckp bj ni kita pkai sama2 dh kwen kang yer. Heheh.. ok bang! Beres. :P

:P movie : 7 petala cinta. nk tgk john carter tak jd coz kt CS audio tak best. citer cintan... emmm lalok btol tgk haha..


huis... ni resit yg de pd aku je... yg pd en tunang.. byk lg... mmg dating smbil perabis duet btol la...

brg pe yg dibeli~~~~~ tkmo bg tgk lg.. heheh.... seprise kot? :P