Alamak baca tajuk pon dah takut dan ngeri kan. Baca sampai habis dulu sayang-sayang semua. Hari ni nak bercerita pasal isu yang tengah hot di viralkan oleh hamba Allah. Oh Shaklee memang selalu menjadi isu..mana tidak nya produk baguskan..ada sahaja isu yang ditimbulkan oleh haters Shaklee tanpa ada bukti yang kukuh pon sebenarnya.
Bercakap berkaitan isu GLA penyebab Cyst dan Fibroid membesar..pertama sekali kena tahu dulu dari segi perubatan bagaimana Cyst dan Fibroid itu terjadi dan bagaimana ianya dapat di kesan. Menurut pakar sakit puan bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron.
Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
Menurut Dr Zubaidi, sebenarnya tiada tanda-tana awal bagi seorang wanita yang menunjukkan dia mengalami cyst atau fibroid. Jika ianya membesar secara perlahan-lahan, pesakit merasai perutnya buncit atau berasa senak di bawah perut. Kebiasaannya ia dapat di kesan selepas melakukan ultrasound.
Berbalik kepada isu GLA Shaklee penyebab Fibroid membesar, berdasarkan fakta perubatan dan logik akal, fibroid bukan membesar dengan sekelip mata. Ianya mengambil masa yang lama dan kadang-kadang ianya dapat di kesan selepas hampir 2 tahun. Tidak logik dek akal yang waras hanya kerana makan GLA, fibroid membesar 9cm dan rahim terpaksa di buang kerana ada pesakit yang fibroidnya 17cm..19cm tidak perlu dibuang pon rahimnya.
Untuk pengetahuan, Shaklee ni sudah lama bertapak dan jika benar produk Shaklee ini bahaya, kenapa ianya masih kekal sudah lebih 50 tahun?? Berjuta ringgit pihak Shaklee keluarkan belanja hanya semata-mata untuk membuat kajian terperinci pada setiap produk mereka. Jadi jika benar ianya beracun atau bahaya, kenapa produk Shaklee mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)??
**** nota kaki : bkn GLA penyebab cyst dan fibroid. ada jugak kes yg tak pernah consume apa2 blh kena..
Harini apa kata kita sama-sama belajar dan ambik tahu apakah penyebab, simptom-simptom yang rahim bengkak ni dan apakah sebenarnya rawatan yang sesuai untuk menangani masalah rahim bengkak ini.
Mula-mula sekali, back to basic apa itu rahim? Rahim atau dalam bahasa medicalnya dipanggil uterus dicipta dengan unik oleh Allah dilengkapi dengan pangkal rahim, badan rahim dan juga tiup falopian.
Manakala ovari adalah kilang telur di mana setiap bulan berlakunya proses ovulasi iaitu saat telur dikeluarkan sebagai persediaan jika berlakunya proses persenyawaan.
Secara laymen termnya, susah nak differentiate adakah ovari atau uterus yang bengkak ni? so, sedap-sedap mulut la kata “rahim bengkak“. Jadi, jika anda bukan doktor silalah berjumpa doktor secepat mungkin agar diagnosis yang sesuai dapat dijalankan untuk mengesahkan samada uterus atau ovari yang bengkak sebenarnya ye =).
Uterine fibroid atau Ovarian cyst inilah yang seringkali dikatakan “rahim bengkak“. Now, apakah penyebab ovarian cyst @ rahim bengkak ini dan adakah ovarian cyst ini bahaya??? Sebenarnya, kehadiran cyst pada ovari pada seorang wanita adalah normal bagi semua wanita. Bermakna, semua wanita yang normal, sihat dan subur memang akan menghasilkan cyst pada ovari mereka. Setiap kali datang bulan, organ ovari akan membentuk seperti gelembung yang dinamakan sebagai ovarian folikel yang mengandungi telur wanita. Selepas telur ini dikeluarkan, folikel ini akan mengecut semula namun jika ianya membesar melebihi 2cm maka inilah yang dikatakan terjadinya ovarian cyst. Tapi!!!jangan risau ye =) hampir 99% daripada kes ovarian cyst ni tidak membahayakan pun (jika ianya tidak membesar lah) kerana ianya bersifat semulajadi terhadap fisiologi wanita.
Namun begitu, tiada simptom-simptom awal yang dapat dikenalpasti oleh pesakit ovarian cyst agar tindakan awal dapat diambil. Ianya hanya dapat disedari apabila saiz ovari menjadi semakin membesar dan pecah barulah akan mengalami simptom-simptom di bawah ini..aiskhh takut aihhh
Haid yang tidak teratur / berpanjangan
Pendarahan abnormal
Mengalami kesakitan di bahagian bawah abdomen
Sakit ketika hubungan kelamin
Rasa kembung abdomen
Sakit pada payu dara
Rasa letih
Masalah ketidaksuburan
Sakit kepala
Menyangka hamil tapi tidak kerana perut membuncit
Merasa diri makin gemuk kerana pakaian yang biasa dipakai ketat
Bagaimana nk elak daripada cyst ini terjadi? Kuasa Allah tak siapa yang dapat melawan. Sehingga kini tiada doktor mahupun saintis yang sah dapat mengenalpasti penyebab-penyebab uterine fibroid atau ovarian cyst ni. Oleh itu, jika anda bukannya berkepakaran dalam bidang sains ni better jangan pandai-pandai buat conclusian sendiri ok?
Tetapi terdapat beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :
1) Berlebihan hormon estrogen - Fibroid atau cyst ini adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada
hormon estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, risiko untuk mendapat cyst adalah tinggi terutama bagi mereka yang mengalami masalah PCOS (polycystic cyst)yang boleh menyebabkan ketidaksuburan. Selain itu, penggunaan pil perancang keluarga juga boleh
menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.
1) Berlebihan hormon estrogen - Fibroid atau cyst ini adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada
hormon estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, risiko untuk mendapat cyst adalah tinggi terutama bagi mereka yang mengalami masalah PCOS (polycystic cyst)yang boleh menyebabkan ketidaksuburan. Selain itu, penggunaan pil perancang keluarga juga boleh
menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.
2) Terlalu banyak xenoestrogen dalam badan. Xenoestrogen ialah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat di persekitaran kita seperti makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan. Senang cakap, estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan. Mana datangnya xenoestrogenini???Haa..sumber-sumber xenoestrogen adalah…
1) phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
2) racun serangga (pesticides)
3) tobacco by products
3) Obesiti
Jangan ambik mudah ye jikan berat anda menjadi-jadi tu. Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita dipanggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Risiko untuk ketumbuhan, dan kanser amat tinggi. Jom kurus untuk sihat, cadangan supplement untuk membantu andamembakar lemak-lemak degil ini amat membantu anda.
4) Genetik, bermaksud jika ada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama. Jadi berjaga-jaga.
Rawatan bagaimana pulak?
Haa..mesti anda membayangkan saat-saat pembedahan yang bakal dilalui. Jangan takut, mengikut Dr. Zubaidi pembedahan hanya akan dilakukan untuk tujuan-tujuan berikut dan ianya bergantung kepada pemerhatian dan diagnosis doktor yang merawat jugak. Antara keadannya adalah…
2) Tujuan membuang ovarian cyst yang telah membesar melebihi 5cm kerana dikhuatiri pecah
3) Tujuan membuang ovari setelah disahkan ketumbuhan ovari tersebut menyebabkan ovarian kanser
*INFO*
Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari dan kesuburan kekal. Namun begitu, cyst ini boleh terjadi semula tidak kiralah di ovari yang sama atau berlainan. Jika ahli keluarga anda dah cukup or dah menopause doktor akan cadangkan untuk keseluruhan ovari dibuang.
Boleh tak pengambilan supplement diambil ketika mengalamifibroid atau cyst? Contohnya GLA Complex Shaklee boleh ke?
GLA Complex adalah omega 6 baik membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon. GLA Complex dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding EPO. Jom baca mengenai GLA Complex – Ramuan dan Manfaat serta testimoni hebat pengambilan GLA Complex dalam membantu mengecutkan cyst. Soft reminder bagi anda yang suka menggunakan minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower ketika memasak hati-hati ye kerana minyak-minyak ini mengandungi omega 6 yang lebih bersifat pro-radang dan akan menyebabkan keradangan sekaligus menyebabkan fibroid dan cyst semakin membesar.
Wallahualam.
<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 Dapatkan Shaklee dengan harga extra jimat dengan join ahli harini!
Join PERCUMA pun boleh!
Hubungi Saya untuk dapatkan harga yang menarik, tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi percuma pada bila-bila masa.
I’m a Shaklee Independent Distributor
nixa nizs
SID: 1092026 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3
#nixanizs #nixanizscollections #nixanizsbeauty #nixanizslens #nixanizsboutique #SAYAJUALSHAKLEESUPPLIMENT #SAYAJUALMURAHJER <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3