.

.

Friday, 19 August 2011

cerpen mengenang jasa Guru


Kakak, kenapa nak kena hormat kat cikgu eh?” Tanya adik saya yang berumur 8 tahun.
Soalan itu kelihatan begitu mudah sekali untuk dijawab tetapi saya terpaksa berfikir seketika. Satu persoalan yang terpaksa saya fikirkan ialah, bagaimana mahu menerangkan kepentingan menghormati guru kepada kanak-kanak berusia 8 tahun? Fahamkah dia nanti?
Selepas seketika, saya pun bersuara, “Arif, pernah tengok emak tuang air teh dari teko tak?” Jawab Arif , “Pernah.”
“Bila emak tuang air teh, air keluar dari mana, teko ke cawan?” Tanya saya lagi. “Mesti la dari teko,” jawab Arif.
“Antara teko dengan cawan, yang mana kedudukan dia lebih tinggi bila emak tuang teh?” soal saya. “Mesti la teko kak. Teko kat atas, cawan kat bawah” Jawab Arif sambil menggayakan kedudukan teko dan cawan menggunakan tangannya.
“Hmm… kalau cawan tu lebih tinggi dari teko, boleh tak teh tu masuk dalam cawan? Soal saya lagi. “Mana boleh kak. Macam mana air teh nak jatuh ke atas pulak,” jawab Arif tegas.
“Haa.. kalau Arif nak tau, hubungan cikgu dengan murid macam tu jugak,” kata saya. “Macam mana?” Soal Arif.
“Ilmu datang dari cikgu, macam air teh datang dari teko jugak. Murid menerima ilmu dari cikgu, macam cawan menerima teh dari teko,” balas saya.
“O, ye ke. Habis tu?” Soal Arif lagi sambil mengerutkan keningnya.
“Kedudukan teko tu lagi tinggi dari cawan, macam kedudukan cikgu jugak, lebih tinggi dari murid. Kalau murid tak hormat cikgu, ia umpama murid tu nak tukar kedudukan, murid nak duduk kat atas pulak,” kata saya.
Arif diam tidak memberikan komen apa-apa.
“Jadi, kalau murid tak hormat cikgu dan nak duduk kat atas, rasanya boleh tak murid tu dapat ilmu dari cikgu?” Soal saya sambil menggayakan kedudukan cikgu dengan murid menggunakan tangannya.
“Ilmu pun takleh mengalir ke atas eh?” Soal Arif sambil tersengih.
“Ha, sebab tu la! Murid yang tidak menghormati cikgunya, nanti dia takkan dapat kuasai ilmu yang diturunkan oleh cikgunya,” balas saya.
“Habis tu, kalau tak hormat cikgu, nanti boleh jadi bodoh la eh?” Soal Arif dengan nada bimbang.
“Mungkin jugak,” jawab saya dengan senyuman sinis.
(Perbualan tamat di situ)
Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Bukan sahaja kanak-kanak yang tertanya-tanya mengapa guru perlu dihormati, malah orang dewasa juga kadangkala masih keliru mengenai persoalan ini.
Kesimpulannya buat kali ini, renungilah kata-kata seorang tokoh cendiakawan dan pemikir Islam yang hebat bernama Al-Zarnuji:
“Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan.”
Teacher, Thank You for making me what i am today !

bertapa kita perlu menghormati guru.. bkn pd hari guru je.. tp pada setiap masa.. jgn terlalu lancang mulut berbicara memburukan guru malah menghina mereka..