.

.

Wednesday, 3 June 2015

Dilema SUAMI ISTERI

Sukar Dapat Anak

Sesungguhnya bukan kita minta. Sukar dapat anak boleh jadi isu jika suami isteri tidak memahami. Tapi ramai je kalangan pasangan suami isteri sekarang yang sangat sempoi. Masalah ini bukanlah menjadi satu isu besar buat mereka. Namun AWAS! Masih ada lagi di luar sana yang kesedihan dan berendam air mata kerana masalah ini.
Tiada penyakit yang tiada ubat melainkan mati. Bila dihayati ayat ni maka hati yang gundah jadi ceria semula. Tugas kita adalah usaha sedaya upaya untuk cuba merawat. Yang menyembuhkan bukanlah kuasa kita kan?

Tujuh Jenis Penyakit Yang Mengganggu Kesuburan Wanita

  1. Keputihan : lihat sini untuk baca lebih lanjut. Keputihan dan Cara Rawatan dan jugaPenyelesaian Kepada Keputihan
  2. Fibroid : berlaku di uterus (rahim wanita). Juga dikenali sebagai ketumbuhan.
  3. Ovarian Cyst : berlaku di ovari
  4. PCOS : Polycysctic Ovary Syndrome
  5. Endometriosis
  6. Kanser Payudara
  7. Kanser Serviks

Keputihan

Keputihan yang normal tidak menjadi satu masalah besar. Tapi bila warna keputihan sudah bertukar menjadi kuning atau hijau maka ia kemungkinan besar adalah sudah tercemar dengan jangkitan kuman. Berjumpa dengan doktor anda segera.

Fibroid

Ketumbuhan yang berlaku di uterus wanita. Biasanya memerlukan pembedahan jika ketumbuhan itu semakin membesar.

Ovarian Cyst

Ada banyak jenis cyst dan cyst ini biasanya berbentuk kantung yang berisi cecair yang berlaku pada ovari wanita.

PCOS

PCOS adalah kecelaruan hormon yang berlaku pada wanita dan biasanya ia boleh mengganggu pengeluaran telur di mana ovari wanita tidak dapat mengeluarkan telur. Maka ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan.

Endometriosis

Endometriosis ini adalah tisu badan yang sepatutnya tumbuh di uterus anda tetapi ia berkembang di luar uterus. Ia juga boleh mengundang masalah sukar hamil pada wanita.

Kanser Payudara

Kanser payudara yang biasanya dikesan dengan adanya “lump” pada payudara. Jika mengesan sebarang keadaan abnormal pada payudara anda, cepat-cepat berjumpa dengan doktor.

Kanser Serviks

Kanser serviks boleh berlaku dengan pelbagai sebab antaranya jangkitan HPV, sering bertukar-tukar pasangan, merokok dan juga hubungan seksual yang terlalu awal. Tanda awalnya adalah kemungkinan berlaku pendarahan dari vagina.

Cara Merawat Penyakit Ini Dan Tingkatkan Kesuburan

Terdapat rawatan moden yang boleh dilakukan oleh pakar bertauliah dan untuk kes kronik perlulah rujuk pada doktor anda.
Secara umumnya untuk mengelakkan penyakit kronik dari terjadi anda boleh mengamalkan pemakanan yang mengandungi antioksidan tinggi seperti cranberi, blueberi, anggur, kekacang dan sayuran berdaun hijau.
Cara lain adalah mencuba mengambil vitamin yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Kerana ada masanya kita tidak mampu nak berdisiplin dalam pengambilan makanan harian, alternatifnya adalah mengambilnya dengan cara lebih mudah.
Berusaha untuk mengubati adalah dituntut dalam agama, bukannya dengan pasrah berserah sahaja. Bagi masalah ketidaksuburan Mak Jemah ada solusi yang mungkin sesuai untuk anda.
Untuk wanita yang sukar dapat anak dan ada masalah-masalah seperti tertera di atas, Mak Jemah nak berkongsi info tersebut namun nak meletakkan semuanya di sini adalah sepertinya mustahil.
Jika mahu boleh boleh dapatkan secara PERCUMA: slide yang mengandungi info tentang kesuburan lelaki dan wanita. FREE jer.
Hai skrg nis dah jd SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.. sape2 nk try produk SHAKLEE pada harga (AHLI)
blh pm utk order. ^^

* SET UTK KULIT
* SET HAMIL/MENYUSU
* SET PELANSINGAN

PCOS, CYST dan Fibroid..


Assalam..Bersua kembali..Rasa macam lama sangat tak update. Ok..nak update pasal PCOS, CYST dan FIBROID yang sering dialami wanita. Saya share daripada blog2 yang pernah membuat post tentang PCOS, CYST dan Fibroid Apa puncanya,bagaimana mengatasinya? Bolehkah wanita yang alaminya boleh mengandung? PCOS  ´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut. Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. TANDA-TANDA PENYAKIT PCO 1. Tidak Subur atau Mandul Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak. 2. Haid Tidak Teratur Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 3. Gemuk Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. 5. Tumbuh Rambut Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini. PUNCA PENYAKIT PCO Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO. TUJUAN RAWATAN Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. ANTARA RAWATAN PCO 1. Mengawal Kegemukan (Obesity) Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik. 2. Meningkatkan Kesuburan Wanita Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti: a. Ubat subur Clomiphene Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda. c. Ubat Metformine Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan. 3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´ Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. Credit to :3R OVARIAN CYST Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/airyang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda. Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan. 

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ