.

.

Monday, 12 October 2015

TATI SKIN CARE













PENGENALAN MENGENAI APA ITU TATI SKINCARE 

Tati Skincare Alpha Arbutin merupakan produk penjagaan wajah berasaskan Alpha Arbutin iaitu sejenis bahan aktif yang baru sahaja ditemui, terhasil melalui pengekstrakan tumbuh-tumbuhan tertentu seperti dari daun bearberry, cranberry, mulberry atau blueberry shrubs, juga terdapat pada kebanyakan pear

Arbutin berupaya merencatkan penghasilan enzim Ty­rosinase yang membuatkan kulit gelap akibat selaran matahari. Kerana potensi nya itu ia menjadi bahan utama pengeluar kosmetik masakini dalam menghasilkan produk berkaitan pencerahan kulit, memudarkan bintik hitam dan parut secara natural dan semulajadi.

Para penyelidik memberi jaminan 100% bahawa arbutin selamat dan berkesan digunakan dalam produk pencerahan tanpa kesan sampingan berbanding merkuri. Tindakbalas nya lebih cepat dan efisien berbanding asid kojic dan hidrokuinon yang memudaratkan kulit. Arbutin juga mengandungi agen antipenuaan yang membantu kulit sihat,
halus dan awet muda.


FUNGSI/KELEBIHAN/MANFAAT/KEBAIKAN
TATI SKINCARE

✔️Menghilangkan jeragat dan pigmentasi
✔️Menghapuskan jerawat dan parut 
✔️Mencegah whitehead / blackhead
✔️Mensekata dan mencerahkan tona kulit
✔️Membuang sel2 kulit mati dan mengatasi kulit berminyak
✔️Mencerahkan warna kulit, menjadikannya gebu dan mulus
✔️Melembab, menghalus dan mengecilkan liang pori
✔️Menghilangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit
✔️Membuatkan kulit muka nampak bercahaya dan awet muda
✔️Kulit lebih berseri dan glowing semulajadi


KANDUNGAN BAHAN-BAHAN TATI SKINCARE

SET 5 IN 1 TATI SKINCARE :
Beauty Soap- Day Cream- Night Cream- Sunblock Cream- Treatment Cream

TATI SKINCARE SOAP : NOT150200978K
TATI SKINCARE DAY CREAM : NOT150200976K
TATI SKINCARE SUNBLOCK : NOT150200977K
TATI SKINCARE NIGHT CREAM : NOT150200975K
TATI SKINCARE TREATMENT CREAM : NOT150200974K

#WASAP_CALL_0194640030

Tuesday, 6 October 2015

BERINA PELURUS RAMBUT!!

Jom LURUSKAN RAMBUT tanpa ke SALON
↔Dengan hanya bermodalkan rm40 sahaja
Anda dapat 3 ITEM

✔ KRIM LURUSKAN RAMBUT
✔ HAIR TREATMENT 
✔ VITAMIN RAMBUT


                                                      FREE POSTAGE
↔Tahan sehingga 2-4 Bulan
RAMBUT ANDA SEPERTI REBONDING DI SALON.
Langkah semudah ABC sahaja dirumah.
Sesuai untuk LELAKI & PEREMPUAN

WASAP 0194640030 UTK ORDER!!!!
=
=
=
WASAP 0194640030 UTK ORDER!!!!
=
=
=
WASAP 0194640030 UTK ORDER!!!!












BUTAE POWDER

BEST IN TOWN!!!

NAK ORDER?

=
=
=
=
=
=
=
=

#WASAP_CALL_0194640030





Monday, 24 August 2015

:: PERKAHWINAN TANPA ZURIAT ::

"Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul"... Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..

Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLaH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat.. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak..
Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
"Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil"
"Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri"
"Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar"
"Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk"
"Bro.. Air mani kau tak power kut..."
MashaALLaH... Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo'a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah "sangkut".. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba "bocor".. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat... Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa.. Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH.. Jangan putus berdo'a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.. Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada' dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..
Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do'a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya'..
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan "bersama" di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti "bersama" setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.. Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Sekian, terima kasih.
Jika ada yang nak share, silakan.

Wednesday, 29 July 2015

BIZ KITA!

DALAM BISNES KITA AKAN JUMPA RAMAI ORG DAN MCM² RAGAM TAPI ADA 7 JENIS ORG YG SELALU AKAN UJI KITA IAITU (7 SW)
SOME WILL
Akan masuk/serah diri
SOME WONT
Cakap macamana pun dia mmg tak nak
SOME WISH
Selalunya org yg rapat dgn kita..dia akan wish kita berjaya
SOME WONDER
Org yg keliru dan tak tau ape²...apa tu MLM..apa itu Networking, apa itu SSEP..apa itu apa itu dan apa itu ini
SOME WAIT
Org yg tunggu lihat kejayaan kita baru dia join. Org ni patut kita cabar dia..if kita hit 10k kita deal dgn dia suruh dia buat sama² dgn kita
SOME WORRY
Risau kena tipu..sejarah silam yg menghantui (MLM @ INEVESTMENT MONEY GAME)
SO WHAT
Jawapan kita..NEXT!!!
Berniaga ni bukan perkara mudah...
Bukan setakat sebut..."aku dah berniaga".. terus jadi kaya dan berjaya...
No
No
No
Takde jalan mudah nak sukses dlm bidang perniagaan..
Org kaya dan jutawan.. bukan ambil masa sebulan, dua bulan @ 7 bulan nak jd jutawan.
Tapi makan masa lama.... Antara 1 hingga 3 tahun berusaha tanpa kenal erti putus asa, tanpa fikirkan kekalahan...
Jgn ada sifat negatif dlm jiwa..
Kalau nak berjaya.. jgn terikut² minda org lain yer.....
BUANG 3M
M = Malu
M = Malas
M = Mati akal (cepat putus asa)
Ubahkan dan disiplin kat diri yer....
Dan dalam dunia networking atau dunia Network Marketing nama kita akan masyhur, nama kita buruk, nama kita dikata macam² dan seumpamanya.ITU perkara biasa kerana PHD org kita mmg tinggi.
Oleh ITU, jalan terus jangan pandang ke belakang lagi.
Dan...
jgn endahkan kata² fitnah ,mehnah dan tribulasi yg di lemparkan kpd kita kerana itu adalah titik² permulaan untuk mengecapai kejayaan.
APA yg penting, ingatlah
D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal
Moga anda semua kaya dan berjaya dibawah lindungan dan rahmatNYA..

Saturday, 25 July 2015

Raya...

4 de 1st time buat biskut raya....ada rupa tak dak rupa blkg kira!
yg penting ank suka... org lain ckp apa? tkmo pikir... bila rasa, sedap jew... hahahahaha... 






raya thn ni cm biasa jugak ry penang dulu... pastu br kedah... huk3.. sedih... tp tkpe la... dr dpt blk kejap jer.. so ry ke2 ke3 dpt dok kedah.... raya bila dh kwen, n bila dh ada ank ni lain mcm sket... preparation utk ank jew lebih.. momy dady sikit2 pon blh jew... yg penting ank dulu.. bj? tk terkira.. utk ank la... kasut anak sampai 4pasang. kasut momy 2pasang.. kasut dady 1 jew.. kui3... bj ry kurung baby 2psg bj kurung momy 4psg :P .... bj melayu dady 1 jew.... wah!!!!!! gitew!!! :P
sape lg raya ????

kita buli sama dia.... nk raya jom kite buh inai.... (ini la untung ade ank gugurl...)


 dah melaram cincin baru bb.. nk raya dh bb...

 adui pening.... bila nk habis shoping ni.... hehehe

 gambaq raya bb byk... momy tak sempat.... kena dok dapoq... sob3....


bb seronok blk kedah bulih bunga api rm30.... legaaa men sampai muntah...

#gambaq byk dlm camera... tak sempat nk kodek2 lg... nanti2 la kiter banjer gambaq g naaaaa.... ^_^V

Wednesday, 3 June 2015

Dilema SUAMI ISTERI

Sukar Dapat Anak

Sesungguhnya bukan kita minta. Sukar dapat anak boleh jadi isu jika suami isteri tidak memahami. Tapi ramai je kalangan pasangan suami isteri sekarang yang sangat sempoi. Masalah ini bukanlah menjadi satu isu besar buat mereka. Namun AWAS! Masih ada lagi di luar sana yang kesedihan dan berendam air mata kerana masalah ini.
Tiada penyakit yang tiada ubat melainkan mati. Bila dihayati ayat ni maka hati yang gundah jadi ceria semula. Tugas kita adalah usaha sedaya upaya untuk cuba merawat. Yang menyembuhkan bukanlah kuasa kita kan?

Tujuh Jenis Penyakit Yang Mengganggu Kesuburan Wanita

  1. Keputihan : lihat sini untuk baca lebih lanjut. Keputihan dan Cara Rawatan dan jugaPenyelesaian Kepada Keputihan
  2. Fibroid : berlaku di uterus (rahim wanita). Juga dikenali sebagai ketumbuhan.
  3. Ovarian Cyst : berlaku di ovari
  4. PCOS : Polycysctic Ovary Syndrome
  5. Endometriosis
  6. Kanser Payudara
  7. Kanser Serviks

Keputihan

Keputihan yang normal tidak menjadi satu masalah besar. Tapi bila warna keputihan sudah bertukar menjadi kuning atau hijau maka ia kemungkinan besar adalah sudah tercemar dengan jangkitan kuman. Berjumpa dengan doktor anda segera.

Fibroid

Ketumbuhan yang berlaku di uterus wanita. Biasanya memerlukan pembedahan jika ketumbuhan itu semakin membesar.

Ovarian Cyst

Ada banyak jenis cyst dan cyst ini biasanya berbentuk kantung yang berisi cecair yang berlaku pada ovari wanita.

PCOS

PCOS adalah kecelaruan hormon yang berlaku pada wanita dan biasanya ia boleh mengganggu pengeluaran telur di mana ovari wanita tidak dapat mengeluarkan telur. Maka ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan.

Endometriosis

Endometriosis ini adalah tisu badan yang sepatutnya tumbuh di uterus anda tetapi ia berkembang di luar uterus. Ia juga boleh mengundang masalah sukar hamil pada wanita.

Kanser Payudara

Kanser payudara yang biasanya dikesan dengan adanya “lump” pada payudara. Jika mengesan sebarang keadaan abnormal pada payudara anda, cepat-cepat berjumpa dengan doktor.

Kanser Serviks

Kanser serviks boleh berlaku dengan pelbagai sebab antaranya jangkitan HPV, sering bertukar-tukar pasangan, merokok dan juga hubungan seksual yang terlalu awal. Tanda awalnya adalah kemungkinan berlaku pendarahan dari vagina.

Cara Merawat Penyakit Ini Dan Tingkatkan Kesuburan

Terdapat rawatan moden yang boleh dilakukan oleh pakar bertauliah dan untuk kes kronik perlulah rujuk pada doktor anda.
Secara umumnya untuk mengelakkan penyakit kronik dari terjadi anda boleh mengamalkan pemakanan yang mengandungi antioksidan tinggi seperti cranberi, blueberi, anggur, kekacang dan sayuran berdaun hijau.
Cara lain adalah mencuba mengambil vitamin yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Kerana ada masanya kita tidak mampu nak berdisiplin dalam pengambilan makanan harian, alternatifnya adalah mengambilnya dengan cara lebih mudah.
Berusaha untuk mengubati adalah dituntut dalam agama, bukannya dengan pasrah berserah sahaja. Bagi masalah ketidaksuburan Mak Jemah ada solusi yang mungkin sesuai untuk anda.
Untuk wanita yang sukar dapat anak dan ada masalah-masalah seperti tertera di atas, Mak Jemah nak berkongsi info tersebut namun nak meletakkan semuanya di sini adalah sepertinya mustahil.
Jika mahu boleh boleh dapatkan secara PERCUMA: slide yang mengandungi info tentang kesuburan lelaki dan wanita. FREE jer.
Hai skrg nis dah jd SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.. sape2 nk try produk SHAKLEE pada harga (AHLI)
blh pm utk order. ^^

* SET UTK KULIT
* SET HAMIL/MENYUSU
* SET PELANSINGAN

PCOS, CYST dan Fibroid..


Assalam..Bersua kembali..Rasa macam lama sangat tak update. Ok..nak update pasal PCOS, CYST dan FIBROID yang sering dialami wanita. Saya share daripada blog2 yang pernah membuat post tentang PCOS, CYST dan Fibroid Apa puncanya,bagaimana mengatasinya? Bolehkah wanita yang alaminya boleh mengandung? PCOS  ´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut. Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. TANDA-TANDA PENYAKIT PCO 1. Tidak Subur atau Mandul Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak. 2. Haid Tidak Teratur Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 3. Gemuk Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. 5. Tumbuh Rambut Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini. PUNCA PENYAKIT PCO Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO. TUJUAN RAWATAN Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. ANTARA RAWATAN PCO 1. Mengawal Kegemukan (Obesity) Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik. 2. Meningkatkan Kesuburan Wanita Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti: a. Ubat subur Clomiphene Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda. c. Ubat Metformine Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan. 3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´ Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. Credit to :3R OVARIAN CYST Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/airyang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda. Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan. 

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Sunday, 17 May 2015

APRIL REVIEW!!!

BESDAY
momy = 2/4
baby = 5/4
celebration on 18/4

*kali ni wat kt penang umh mntua plak...

 BESDAY  gurl bgn awal makeup!
very de excited! wallllaaaaaahhh!!!

 tukaq baju, tunggu abg2 tahfiz mai...


 dia bulih dok wat ramai di sana.... dok jd mandoooo tgk org mkn!

 her besday kek... she like HELLO KITTY  so much!


 my mom!
she call her TOK NA.. 

^_* B A GUD GURL MY DEAR!