.

.

Friday, 30 November 2012

Amalan- amalan semasa mengandung dan setelah melahirkan:

• Sewaktu mengandung, kedua-dua ibu bapa mestilah sentiasa mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. 
• Sewaktu bayi masih dalam kandungan ibu bapa hendaklah meningkatkan amal ibadah khususnya berpuasa sunat, membaca al-Quran terutama surah-surah Yusuf, Maryam, Toha, Luqman dan surah-surah pilihan yang lain. 
• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. 
• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur. 
• Setelah anak dilahirkan, bersegeralah diazankan serta iqamat tanpa bertangguh sebelum bayi itu mendengar perkataan-perkataan lain. 
• Bukakanlah mulut bayi dengan air zam-zam yang sangat berkat itu. 
• Biarkan anak itu dipangku oleh orang-orang soleh dan terus didoakan. Itulah sebabnya ibu bapa mesti terlebih dahulu menjadi soleh sebelum mendapat anak yang soleh. 
• Hendaklah diperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sebanyak mungkin semasa bayi itu masih lagi baru dilahirkan. Cubalah ajar bayi itu menyebut “Haq” (salah satu nama Allah ialah al-Haq). Ramai yang mencuba, mendapati bayi yang tidak mengerti apa-apa itu dapat menyebut kalimah “Haq”. Sungguh ajaib (hendaklah dilakukan oleh orang yang soleh). 
• Ibu yang menyusu anak itu hendaklah mengelakkan makanan dari sumber yang haram dan syubahat. 
• Anak-anak hendaklah membesar dalam suasana yang diwarnai Islam, serta jangan membiarkan anak-anak berkawan dengan rakan-rakan yang tidak baik akhlaknya





Wednesday, 28 November 2012

SOALAN LAZIM TENTANG VITAMIN C

SOALAN LAZIM TENTANG VITAMIN C

1) Vit C ni halal ke? Vit c ni brand apa?
Jawapan: syg vitamin ni ada halal.. ori produk from doc ada all certificate . kalau xhalal i pun xmakan dear hehe tambah2 jual lagi lah buat tambah dosa2 i bg org amik bnda haram.

2) Vit c ni dari malaysia ker?
Jawapan : Ya syg. Dari Malaysia. Doc malaysia yang buat product dia sndiri. Bukan Dr.holland ye….

3) Vit C ni keluaran mana?
Jawapan: Vit C ni clinical produk mmg tak da keluaran atau brand apa2 sama macam kite ambil ubat di klinik, doc takde pon bg ubat with any brand stated kat sampul ubat tu. Dats why vit c ni takde di jual di farmasi ya.

4) Akan ada side effect x vitamin ni sis? Jawapan : oh syg2 ku.. vitamin c ni masa kita tadika dulu tecik2.. ada x makan yg kaler oren tu bulat2 appeton? hhee ada side effect x now? xde kan? sbb vitamin ni utk kesihatan juga.. xkisah apa jnis yg kita mkan n ambil asalkan xde la racun inside..jadi jawapannya.. ambil vitamin mmg akn bg effect.. tapi effect yg sgt bgus utk kulit n ksihatan.. selamat mncuba ya!

5) akak vitamin ni bahaya x? jawapan: sgtlah selamat sebab ibu mngandung n menyusu bole ambil pil ni...dan dijamin ada cop dr kmnterian kesihatan.. sy xmnjual pasaran gelap punya ubat.. dah berapa balai polis n hosp sy hntar pil ni smile

6) Kenapa cpat sgt berkesan? Jawapan : badan kita bole menampung 2000mg vit c sehari.. kalo yg dekat klinik hnya 50mg shj sebiji pil.. tapi yg sy jual 1000mg sebiji.. untungkan? sbb tu kesan cepat.

7) Akak berat badan akan naik x? Jawapan : bila sy amik pil ni sy takut bnda yg sama..tp pil ni 100 percent utk kulit bukan hanya muka tetapi badan, mencerah,mengebu,melicin,menegang..tugas nya....jd bdan ak naik seri.. bukan naik berat ya!

glasses Lelaki pun bole ambil? Jawapan: Lelaki zaman sekarang pun semua nk kacak.. xda istilah lelaki yg amik vitamin ni mcm pompuan.. eyh bg sy lelaki mcm ni macho! tahu jg penampilan diri.

9) Akak berapa lama nak Nampak kesannya?
Jawapan : Depends on body also darling2... Ada yg in a week da show good result n ada yg sebulan br nmpk result.. Sgt puas hati dgn produk ni..... Produk yg baik dtg dr pakar yg baik... heart

10) Kalau stop ambil Vitamin C, ada effect buruk atau masih boleh maintain tak kulit kita? Jawapan : Dalam dunia ni, apapun tak bersifat kekal. Kalau stop, kulit kita tak jadi semula macam masa kita belum ambil vitamin c ni dulu. Tap tak seindah sewaktu kita ambil vitamin c ni. Kulit kita akan masih ok. Takkan naik those jerawat-jerawat & all kalau kita jaga kulit kita. But, why not kita ambil 2-3kali seminggu atau at least seminggu sekali bila kita tgk badan & kulit kita dah elok. Paling-paling kurang, zat-zat & vitamin-vitamin tu masih ada dalam badan. Jangan sampai tak ada langsung. smile :


nak bli??? ~~~~~~ click  >>>

CHAHAYA BEAUTY VIT C


Monday, 19 November 2012

MY BABY

Dah masuk minggu ke-20
  • dah pandai gerak.
  • pandai meninju2 perut mommy sampai mommy terkejut.
  • pandai respond bila dipanggil.
  • pandai ajak main (bila mommy tgk tv dia gerak2 ajak sembang2 ek?) nakalnyer ank mommy.. ^^
  • now 
  • panjang janin sekitar 23 cm dengan berat 200 gram. patotlah terasa sgt bila baby gerak.
teringat lg, baru2 ni... rasa marah sgt coz lori sampah dtg lama sgt. asik HON2 non stop. hati ni sakit geram sume ade. masa ni, perut jd keras sgt2.. then baby plak asik terajang2.. huis.. baby pon marah kot? ikut mommy ek? (masa tu trus slow down, takmo marah2 dah) then perut pon tak keras dah.. emmm btol la baby dah blh tau apa mommy dia rasa.. :) 
Hubungan antara mommy dan baby makin rapat. apa mommy rasa, baby pon rasa... termasuklah lapar, dahaga, marah, sedih dll.


My next chekup... 10/12/12 ~~~~ 
tak sabar nk scan jantina baby. boy or gurl? kalau dh tau jantina blh la bli baju ikut color.. cian kami.. now bli bj color oren, hijau, putih jew... hehehe... :P 

**** ^^ This week I'm carrying 10.5 inches and 10.5 oz of growing baby-goodness!

Tuesday, 13 November 2012

Pergerakan bayi anda semasa kehamilan


Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya? 

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna. 

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut. Sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus. 

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18. 

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu? 

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang. 

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan. 

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan. 

Dari minggu ke-20 hingga ke-24 

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing. 

Dari minggu ke-24 hingga ke-28 

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750ml yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. 

Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan. 

Pada minggu ke-29 

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 

Pada minggu ke-32 

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat. 

Dalam lingkungan minggu ke-36 

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. 

Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda. 

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan. 

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin

Dari minggu ke-36 hingga ke-40 

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali. 

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. 

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan 

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.) 

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk. 

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi. 

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda. 

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur! 

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari? 

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat. 

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda. 

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang? 

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Halakan bunyi musik ke perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari. 

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku. 

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.


Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/pergerakan-bayi/#ixzz2BSF057cM

Wednesday, 7 November 2012

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan .. ~sedihnya.....~


Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp
adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan
jantung ibu menjadi musik terindah yang
mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari
jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau
adik dah keluar , ibu janji nanti kita main
sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis
jantina adik , tp apapun adik harap ibu &
ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn
menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik
juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula
tumbuh , adik dah boleh menggerakan
kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor
cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik
tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..?
Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini
sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu
masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu
mula memotong rambut adik , bu tlong adik ,
adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong
kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah
tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh
memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg
memotong tangan adik , ibu tolong adik ..
Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu ..
Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan
kaki , adik masih ada mata & telinga untuk
melihat senyuman ibu , mendengar suara
ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula
memotong memutuskan leher adik ,
ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik
kesempatan hidup , adik syg ibu , adik
teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik
dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga ,
Tuhan telah mengembalikan semua organ
tubuh adik yang dipotong benda tajam itu ,
Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga ,
memeluk , memegang tangan ,
menggendong adik dgn lembut , dan lalu
Tuhan membisikan memberi tahu apa itu
D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..?
Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..?
Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya ,
semoga Tuhan menempatkan ibu di sini ,
nanti kita main-main disini , dan jangan
lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

# terlalu cepatkah seorang bayi yang belum
smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan
perlakuan sekeji itu dari ibu bapa
kandungnya ..??? Allahuakhbar!! Manusia yang dilahirkan mempunya naluri seorang ibu pasti akan sedih . yang tidak punyai naluri seorang ibu pasti akan gembira.




MENGAPA DILAKUKAN PERKARA YG KEJI?


JIKA TIDAK DPT MENAHAN NAFSU... MENIKAHLAH...!!! jgn dikorban lg nyawa tak berdosa..

Monday, 5 November 2012

Penyimpanan Susu Ibu


Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Sumber: Le Leche League

Sunday, 4 November 2012

Hari2 yg sakit, gembira dan sayu...


Semua org pasti harapkan cahaya mata bila dah berkahwen. tak mungkin ada yg akan ckp "uhhhh, i takmo ank". yg ada cuma blm ada rezeki utk ank tersebut maka, utk sdpkn hati paling mudah alasan yg blh diberi adalah belum mahukan. cne tau? coz sblm ni pon pikir cmtu gk. bila seminggu kwen dh berator org Q nk tnya dh de isi ke blm? agak drastik uhhhhh?? pertanyaan yg bertubi2 mula dr kwn2, sedara mara smpai la makcik2 yg tk bpe nk kenal.. amat memeningkan kepala.. jwpn mudah yg kami bg, blm sedia-lah. pdhal dlm hati "CEPATLAH PEKNEN". org yg dah lma kwen tp blm dikurniakan ank, mesti blh fhm perasaan ni. perasaan ni lg truk dr pertanyaan BILA NK KWEN?


bila dah masuk fasa peknen, byk plak pantang larang yg perlu kena jaga btol2. pengambilan makanan ruji dan serba sedikit makanan tambahan perlu jugak! yelah, bukan sume yg kita mkn cukup dan mampu diurai sempurna utk bdn dan bby serap. doktor sarankan utk minum susu khas 2kali sehari. byk jenama yg berasa di pasaran. ini kotak ke3, perasa coklat yg encik suami belikan coz masa beli perasa vanila.. liat sgt nk minum. :( "acely vanila tak sedap"

selain tu, bila dah mula buat chekup di sepital kerajaan or kelinik kesihatan.. maka diorg mmg akn bekalkn asid folic. khas utk tambah darah, yelah bby masa trimester 1st n second byk nk guna darah utk develop kata nurse tu la.. even, masa hampir nk kwen (masa chek buat HIV TEST) mmg dah di sarankan utk ambil asid folic cuma harganyer mahal sket la coz beli diluar. GH mmg takde bg utk org yg tak betol2 perlukan. so, kami pon beli la AF ni utk di mkn. mmg konon klu kwen blh trus dpt bby. ^^ Alhamdulillah, semua berjalan seperti yg kami nak. berkat doa kedua mak.


but lately, bdn tak berapa rasa ok! 
asik krem kaki bila tido. buka kipas, acon mmg tak blh kena coz mmg akn krem. pasti krem! 1 mlm 2 3 kali. mmg meletihkan coz esok pg masih kena bgn cam biasa. so, siang kena curi masa dln 30min utk tido sekejap. baru ni cousin suami dtg utk jaga mntua yg masuk hospital utk buat sikit pembedahan. dia sarankan utk ambil KALSIUM. katanyer, skrg bby tgh bina tulang, jadi dia mmg akn serap byk kalsium dr ibu. myb sebab tu skrg bdn asik letih je. sbb tu juga kdg2 mmg ngis sorg2. bkn sebb sakit yg ditangisi.. tp sbb asik pikir betapa besarnyer pengorbanan mak nk lahirkn aku.. :') teruk sebenarnyer. maka sbgai anak kenalah ingt pengorbanan ibu. jgn sakiti dia, jgn menipu dia, jgn sesekali meninggi suara pd dia. 


OBIMIN??
sblm ni ade gk study pasal obimin ni. byk juga org yg ambil obimin. byk citer pasal obimin kat forum2, web sume. byk kwn2 nurse yg sarankn amek obimin dr awal kehamilan lg. katanyer, GH tk akan bg obimin ni kerana kos nyer mahal. diorg prefer bg pil kalsium,asid folik,iron,vit asing2. so sekali g GH bw blk sekarung ubat. risiko nk lupa mkn ubat pon tinggi hehe ^^ (ade la pengalaman kt situ :P) tp dgn mek obimin ni.. sume jenis vitamin dan asid2 dan tak pyh ssh2 nk mkn ubt byk. sebijik je sehari... :) mudah... 

cuma yg tak best obimin ni salunyer mmg tk diberilah kt GH. kena kuar wet sket bli sendiri. tp tkpe lah utk ank apa pon takpe jew. myb cmni lah perasaan mak abah masa kita dlm kndungan.. 

===============================

****** wat im thingking?
~~~ ERRRR.... something is crawling on my stomach?
oh, wait!! 
that was de baby! ^^ The finger- and toenails are beginning to grow from their nail beds





Friday, 2 November 2012

PETUA (BAKAL IBU)


Petua untuk bakal ibu

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.

Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.

Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi untuk bakal ibu.

Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:

* Penjagaan kuku tangan kaki - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.

Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

* Jalani rawatan muka - Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

* Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

* Kasut bertumit - Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

* Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

* Bawa barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Nutrisi penting sewaktu hamil

* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

Makanan tambahan sewaktu hamil

Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.



Thursday, 1 November 2012

FELINNA INCHLOSS

Felinna Inchloss 180ml


Harga : RM75 SM RM80 SS
FREE POS

APA YANG BEST SGT INCHLOSS NI ??

- sapu lotion inchloss ni pada part yg anda rasakan bermasalah seperti perut buncit, lengan besar mcm ahli gusti, perut berlipat-lipat, drumstik besar, pipi kembung je, punggung mengeleber je dan sebagainya...
- InsyaAllah dlm masa paling cepat seminggu anda dapat rasa kurang nya inchi pd part tersebut.dats y namanya "INCHLOSS" hehe...

PANAS X??

- xde rasa panas..juz applykan secukupnya, xperlu sapu byk2..inchloss ni xde la panas membara, just rasa cool dan dingin je..kalau korang nk pakai bekung ke boleh aje xde mslh..lg la cepat ramping kan..

KALAU NK PAKAI TAPI NK MENYUSU BABY BOLEH KE?


xpe....sbb xde effect pd baby..sbb pengasas ni breastfeeding jugak..bila guna inchloss dan menyusu baby xde side effect sebab inchloss ni dingin je rasanya























FOR ORDER n INQUIRY Hit My Inbox at===>nixa.nizs.collection

P/s : ENJOY SHOPPING DAL♥ :)
----------------------Copyright 2012 NixaNizsCollections.All rights reserved 


LIKE PAGE I TAU..