.

.

Tuesday, 31 July 2012

3 minggu 5 hari bergelar isteri..




Hampir sebulan..
bergelar isteri dan dia bergelar suami. agak2 bila nk muncul org no3 yer? :P ~~~ ofcos lmbt lg yer hehe..


tak byk yg berubah. masih lg sama.. rutin seharian.. bgn sediakan sahur.. aku yg mmg biasa bersahur mmg kena bgn jugak lah.. so suami yg tk suka bersahur pon aku paksa juga bgn dan mkn. dia pon ckp, bila mkn rasa tk lapar nk puasa.. haaaaa tula.. kn org dh ckp :P. kena sahur kena sahur jugak3!


ramadhan thn ni lain sgt. acely aku ni blh thn liat nk bgn sahur gak. tp bila dah bersuami kena la belajar bgn awal hehe.. kena byk belajar buat kuih pasni. bukan utk suami tp utk mak mentua yg tinggal tak jauh dr umah kami ni. hehe.. dia suka masak2... :P


tiap2 hari suami akn tnya 1 soalan.
hepi tk kawen.. aku jwb yelah :)
aku tnya blk dia ckp hepi then rasa syukur coz dia dah tepis 1 tomahan seseorg ni. suami ckp ade sorg pempuan ni pernah ckp kt dia, KALAU DIA STAY DGN AKU YG BOROS DIA TK KWEN LA SMPAI BILA2.. hehehehe.. padahal aku ade duit sendiri la.. ade MARA ade duit gk jual lens, kasut n beg.. lawak btol.. myb dia tau kot suami salu belikan dan sponsorkn mcm2 masa aku belajar dulu... mmg lawak.. jd suami ckp ok la kita dh kwen.. kita mmpu utk kwen. TERBUKTI!!


aku ade berniat sblm berkahwen utk bertudung. ye, mmg tk sepenuhnya lg.. tp aku cuba sedaya upaya. mmg akn ade org ckp... ALAH PKAI TUDUNG TP PKAI LENGAN PENDEK. yer btol aku mmg pkai lengan pendek jew. coz mmg tk biasa nk pkai lengan2 pjg. perubahan tk blh nk pksa.. paling tidak pon.. aku tak berlakon depan sesiapa.. dgn parent aku cmni, depan suami camni dan depan mentua dan adik beradik ipar pon still camni juga. aku tak mahu jd DI DEPAN LAIN DI BELAKANG LAIN. 
byk yg aku tgk depan mata.. 
depan parent tutup aurat myb parent dia islamic punyer line..
tp bila keluar dr line itu.. contohnyer masa study, masa kerja... tk plak bertudung dan menutup aurat. 
bila blk pd parent pakai blk.. aku tak mahu jd cmtu.. maka.. biarlah perubahan yg aku buat btol2 ikhlas.. slow2..
aku bukan dilahirkan dlm line keluarga yg berkopiah, tudung bulat labuh atau purdah.. jd jika aku mahu lakukan perubahan, adalah mustahil utk aku terus berubah ke arah itu melainkan aku mmg ade ibu bpa adik yg bergitu. 


aku ingt seorang lecture aku pernah menegur seorg budak yg post di sebuah laman sesawang ttg HUKUM REJAM SAMPAI MATI BG ORG YG MURTAD sehingga lecture itu dihina dikutuk dicaci oleh budak tersebut.. lecture tersebut menegur dgn baik bahawa kita tk blh terlalu jump into conclusion dgn drastik.. mmg lah klu zmn dulu org murtad direjam smpai mati.. tp hukum itu perlu praktikal pd zaman kita kini. kalau semua org tgk org jahat nk REJAM jer.. kita seperti menolak mereka semakin jauh dr lndasan.. hukum islam itu betul.. tp perlulah kena pd masa dan tempatnyer. jgn kita tunjukkn islam itu berat.. tunjukkn yg islam itu memberi peluang utk mereka yg ingin berubah.. itu lebih baik dr menunding jari pd org lain pdhal jari selebihnyer menunding pd diri anda sendiri.


aku bertanya pd suami adakah dia menyuruh atau melarang aku menutup aurat.. dia kata tak.. dia mmg mahu aku menutup aurat tp dgn rela hati buatlah perlahan2... semoga perubahan itu berkekalan kerana dia mengenali aku saat aku mmg tidak lg memakai tudung.. bg aku biarlah TUHAN  yg menilai apa yg aku lakukan.. kalau asik nk fikir org sekeliling.. mmg sshlah.. coz org sekeliling mmg tk akn senang dgn kegembiraan kita.. ada je yg tk kena.. 


aku sentiasa cuba utk buat yg terbaik dlm perkahwinan ini dan jugak dlm hubungan br dlm family baru.. tp tk dilupakan jugak family kandung hehe..
hari2 buka puasa dgn mentua. kakak ipar ade ckp.. nisa menantu kesayangan bapak! oooooo hahahahha...
sayer syg bapak mntua gak :P !!!
hujung minggu blk berbuka dgn parent di kedah plak..sesekali keluar orvernite dgn adik ipar dn suami tgk movie dan jln2.. semua itu utk mengeratkn lg hubungan kami. itulah langkah yg aku dan suami ambil.. mmg agak moden, yelah kalau nk ikut zaman dulu mmg sshlah... tk kn nk ajak men layang2 plak :P


yg pasti, lepas je bergelar suami dan isteri.. takade lg istilah ponteng solat bila dating.. :) hati rasa sgt tenang setenang2nyer.. hepi sehepi2nyer... sejak ada hbgn yg sah, kami tak lg rasa berat utk keluar ataupon rasa bersalah mcm dulu. yelah sblm kwen, keluar dating.. skip solat... tgk wyg berdua... jmpa berdua... semua itu dosa.. kami tahu tp kami buat.. mmg seronok tp ade BEBAN dlm hati. tp bila dah kwen.. seronok itu dtg KOSONG... tanpa pakej, TAKUT, DOSA, RISAU, BEBAN dll.. :) 
siyes tak tipu... tak cyer kwenlah... btol..


mmg btol indah bergelar suami dan isteri.. rugi aku tk terima lamaran suami dr dulu.. kalau tidak... dah beranak pinak rasanyer :)


p/s : yg pasti niat kami nk kwen sblm umo 28 mmg berjaya.. suami berjaya.. aku? bertambah2lah berjaya haha... nasiblah aku pilih org lebih tua... habis belajar dia sudah menunggu. tak ambil masa yg lama... semoga diberkati.. amin... pd kwn2 lain.. ku doakn kamo sume bertemu jodoh juga.. :)



Friday, 27 July 2012

Kwen awal tak salah...






Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-25 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda. 
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik. 
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak. 
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka. 
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
=================================


Tetapi Ibu Bapa pun, kenalah jadi 'pembincang yang matang' juga. Bila anak utarakan perbincangan fasal kahwin awal, tidak pedulilah berapa pun umur mereka, jawablah dengan matang jika tidak membenarkan. 
Jangan dijawab dengan jawapan yang sangat mengguriskan hati seperti: "Hang kecik lagi. Jangan dok gatai eh." 
Pimpinlah anak-anak untuk berbincang dengan matang, buat pertimbangan pro&kontra. Lihat dan dengar juga pandangan anak-anak itu. Apa permasalahan dia. Kenapa dia nak kahwin awal. Apa persediaan yang dia sudah lakukan. 
Bimbinglah. Jangan hanya tahu menyatakan tidak. Jangan teruja mahu tunjuk ke'veto'an ibu bapa tu. Nanti anak-anak lari buat keputusan sendiri yang lebih merosakkan. Ibu Bapa patut berusaha menjadikan dirinya tempat rujukan, tempat anak-anak suka untuk pergi jika ada apa-apa. Jadi, kenalah mesra, dan matang. 
Jangan asyik-asyik ulang - "Kami ni tau yang lahirkan kau! Kami yang bagi makan minum. Kami yang bayar itu ini."

=
=
=
=
=
=

perkahwinan muda yg mengemparkan ramai pihak... cayalah.. :)


nk tahu cerita lanjut ikut link ini >>>> perkahwinan-muda-syafiq-yana-cetuskan-fenomena

p/s : jgn tunggu dh tua yeap... 26thn plus2 take noted :P