.

.

Thursday, 8 September 2011

BZ SGT2 !!!

Helo!! Hehe.. br de masa nk mencorat coret today. Seminggu sblm raya mmg la totaly bz sgt. Kena melansaikan jnji yg telah dibuat pd en tunang n mak nyer. Dh jnji nk buka posa sesame, shoping same, masak n mkn same.. okla. Lansai sudah semua jnji. :) hari pertama buka posa, mlm g shoping raya sgn syg. Sok nyer tlg2 pasang lansir, sapu sume la.. mmg dh cam kwen la plak kan wahaha.. :P jgn jeles.

Then setelah 3 hari dok umah syg, tiba masa en tunang plak dok rumah i 3 hr.. haha.. adil kan3. Tlg la pe2.. bli kuih raya mlm2 g shoping. Mak n abh dh tak bising dh blk lewat. Yela i bw lessen aka my bro sekali. Cian tunang aku n aku gak kena pau! Uwaaaa... byk giler brg kami beli. Penuh bonet. Makanan je sume.

Raya pertama aku n tunang masing2 tak jumpa n tak beraya sesame. :( yela bz lyn tetamu kt rumah masing. Tp raya ke-2 mmg hari utk kami ler. Bkn g beraya pon. G tgk wyg, mkn2 n enjoy all de time. Hik3. Tak pernah dibuat org kan.. well tp kami buat haaahahah.. :)

Raya ke-3 blk kpg raya kt kpg plak. G la umh sanak saudara. Yela wat bek sket kang kwen depa tak mai plak :P buget sket! Then raya ke-4 turn family tunang raya rumah aku plak. Last year turn family aku dh kan. Nk adil katakan.. kata nak kwen, kena praktik ni. Adil dan saksama. Aku buat bihun sup gear box. Request dr bakal kakak ipar. Emmm, puas hati dh kot mkn n siap tapau lg. Paling puas bila parent tunang ckp sedap n minta wat lg bila aku g penang spend nite kt sana. Best tol dpt family baru yg happening camtu. Tak de rasa kena konkong lansung.

Raya ke-4 jumpa tunang lg. Waa, mmg asik jumpa je. Masa parent kami jumpa time raya.. parent tunang dh wat temujnji dgn mak n abah pd tarikh hari Malaysia. Nk bincang tarikh nikah n kenduri kami. Weeeeee.... hik3. Cam tak cye je n kwen dh. Giler siyes rasa cam tak cye. Ckp pasal kwen ni. De plak junior aku yg dh tunang senyap2 hampeh tol kwn se negeri pon ang tak jemput noh.. nak kena tol.. 1 class dgn wawa ler. Sape dia???? Cer try teka... :P byk nor kwn kwen. Ish3.. rasa cam tua plak.. so sape blm kwen lg tu lg la rasa tua kan.. kan3

Step seterusnya nanti nk g mek jubah konvo. Ade ke ptot kena mek 4hb ptg. Tp piker blk ok la gk blh g tgk kwn2 konvo. Yela budak bhrm konvo 4hb. Kami plak yg konvo 6hb. Nk g dgn cik abg ler.. suh dia minta cuti n hope blh la dpt. Risau gk coz time konvo dia nk minta cuti gk.. takkn minta byk sgt. Dh bpe byk dh cuti dia mek utk aku dlm thn ni je.. cian dia.

After konvo mak ckp blh la g padang besar jln2 sambil cr brg kwen. Itu br destinasi pertama. Ade g destinasi bli baju kwen. Padang!!! Bkn padang besar tp padang Indonesia hehe. Itu rncagan dr kakak cik abg. :P brg2 lain plak dh bli dh sikit2. Excited giler kan.. :P

Emmmm..so far cam2 la benda menarik berlaku pas je tunang.. mmg tak nyesal la. :)

p/s: idup makin indah2... hehe... de lg indah bila surat mara smpai.. haha...

Friday, 19 August 2011

cerpen mengenang jasa Guru


Kakak, kenapa nak kena hormat kat cikgu eh?” Tanya adik saya yang berumur 8 tahun.
Soalan itu kelihatan begitu mudah sekali untuk dijawab tetapi saya terpaksa berfikir seketika. Satu persoalan yang terpaksa saya fikirkan ialah, bagaimana mahu menerangkan kepentingan menghormati guru kepada kanak-kanak berusia 8 tahun? Fahamkah dia nanti?
Selepas seketika, saya pun bersuara, “Arif, pernah tengok emak tuang air teh dari teko tak?” Jawab Arif , “Pernah.”
“Bila emak tuang air teh, air keluar dari mana, teko ke cawan?” Tanya saya lagi. “Mesti la dari teko,” jawab Arif.
“Antara teko dengan cawan, yang mana kedudukan dia lebih tinggi bila emak tuang teh?” soal saya. “Mesti la teko kak. Teko kat atas, cawan kat bawah” Jawab Arif sambil menggayakan kedudukan teko dan cawan menggunakan tangannya.
“Hmm… kalau cawan tu lebih tinggi dari teko, boleh tak teh tu masuk dalam cawan? Soal saya lagi. “Mana boleh kak. Macam mana air teh nak jatuh ke atas pulak,” jawab Arif tegas.
“Haa.. kalau Arif nak tau, hubungan cikgu dengan murid macam tu jugak,” kata saya. “Macam mana?” Soal Arif.
“Ilmu datang dari cikgu, macam air teh datang dari teko jugak. Murid menerima ilmu dari cikgu, macam cawan menerima teh dari teko,” balas saya.
“O, ye ke. Habis tu?” Soal Arif lagi sambil mengerutkan keningnya.
“Kedudukan teko tu lagi tinggi dari cawan, macam kedudukan cikgu jugak, lebih tinggi dari murid. Kalau murid tak hormat cikgu, ia umpama murid tu nak tukar kedudukan, murid nak duduk kat atas pulak,” kata saya.
Arif diam tidak memberikan komen apa-apa.
“Jadi, kalau murid tak hormat cikgu dan nak duduk kat atas, rasanya boleh tak murid tu dapat ilmu dari cikgu?” Soal saya sambil menggayakan kedudukan cikgu dengan murid menggunakan tangannya.
“Ilmu pun takleh mengalir ke atas eh?” Soal Arif sambil tersengih.
“Ha, sebab tu la! Murid yang tidak menghormati cikgunya, nanti dia takkan dapat kuasai ilmu yang diturunkan oleh cikgunya,” balas saya.
“Habis tu, kalau tak hormat cikgu, nanti boleh jadi bodoh la eh?” Soal Arif dengan nada bimbang.
“Mungkin jugak,” jawab saya dengan senyuman sinis.
(Perbualan tamat di situ)
Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Bukan sahaja kanak-kanak yang tertanya-tanya mengapa guru perlu dihormati, malah orang dewasa juga kadangkala masih keliru mengenai persoalan ini.
Kesimpulannya buat kali ini, renungilah kata-kata seorang tokoh cendiakawan dan pemikir Islam yang hebat bernama Al-Zarnuji:
“Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan.”
Teacher, Thank You for making me what i am today !

bertapa kita perlu menghormati guru.. bkn pd hari guru je.. tp pada setiap masa.. jgn terlalu lancang mulut berbicara memburukan guru malah menghina mereka..